Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Update of My Life 2
  • Update of My Life
  • Kerana Ed 1
  • Gadis Itu
  • Tanggungjawab
  • Peringatan Buat Yang Lupa
  • Kembali Normal
  • Malaikat
  • Final Exam
  • Takdir Allah :)

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Manusia dan Ujian

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Allah uji dia dengan sakit.

    Allah uji dia dengan kehilangan isi kandungan pendrive akibat virus.

    Allah uji dia dengan telefon bimbit jatuh, lalu skrinnya retak.

    Allah uji dia dengan kehilangan duit belanja.

    “Ya Allah, kesiannya dia.” Anda membuat muka simpati. Melihat si dia yang sedang diuji.

    Tahukah anda?

    Kadangkala dengan percakapan sebegitu membuatkan dia rasa down.

    Rasa, “Kenapa malang sangat nasib aku hari ni?”

    Sahabat, mari kita ubah percakapan kita; mari kita gunakan kata-kata positif yang boleh mendorong dia untuk kembali ceria.

    “Takpe, ada hikmah kenapa Allah bagi semua ni.”
    “Allah pilih awak nak hadapi ujian ni, sebab dia tahu awak mampu.”
    “Allah nak gantikan dengan perkara yang lebih baik ni.”

    Ya, ayat common. Ayat yang terlalu biasa untuk budak yang mengalami proses tarbiyah. Tapi bukankah ayat ini dapat memujuk walaupun sedikit hati yang sedang bermuram durjana?

    Betulkanlah yang biasa, biasakanlah yang betul J

    Jangan pertikaikan ujian yang Allah berikan kepada manusia. Kerana memang ada hikmah yang kita sebagai hamba biasa tidak dapat tahu dan meneka. Siapa tahu akan terbitnya pelangi setelah hujan rebut melanda, kan? Mungkin Allah rindu tangisan dan rintihan hambaNya. Mungkin juga Allah ingin memberikan yang lebih baik daripada sebelumnya. Mana tahu, dengan ujian-ujian yang menimpa, dia bertahajud dengan Pencipta, meminta sedikit kekuatan dalam setiap titis air matanya. Siapa tahu? Itu hanya antara dia dan Pencipta. Tidak layak rasanya kita ini mahu mempertikaikan takdir Allah Yang Esa.

    Al-fatihah untuk hati yang mati.

    Notakaki: Rindunya nak nyanyi lagu rahmat ujian ramai-ramai T.T