Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Forth Event : Gua Tempurung
  • Buat Mereka Yang Berminat dengan STAM
  • Kisah Semalam
  • Hangout : Penang
  • Tinggal Kenangan
  • Kuala Lumpur
  • Regret .
  • Davids Diner and Us
  • Hangout before sekolah againn
  • After A Long Rest

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Takdir Allah :)

    Assalamualaikum ^^

    Alhamdulillah 'ala kulli hal.

    My life is getting busier than before.. Manusia merancang, Allah juga merancang. Dan ternyata perancangan Allah itulah yang terbaik :) Alhamdulillah, sekaranng nie aku berjaya menempatkan diri aku di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan. Rezeki Allah yang tak dijangka-jangka, walaupun tak sempat nak habiskan STAM, tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk aku.

    Tamhidi Syariah dan Undang-Undang <3 data-blogger-escaped-p="">
    Lawyer to be, inyaAllah ^^

    Kehidupan di universiti tak seindah yang aku jangkakan. Echewahhh. Paling ketara adalah sebab duit kau akan keluar ibarat pili yang mencurah-curah airnya. Dengan duit buku, duit makan lagi. Tapi semua ni pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan :) sampai bila je asyik nak enjoy. Hidup sebagai manusia, memikul amanah yang berat di muka bumi ini. Manusia = Khalifah. Daie.

    Dan manusia, sering terlupa yang hidupnya ini singkat. Matlamatnya akhirat, dunia ini hanya sebagai tempat persinggahan. Aku ? Nak kata masih di takuk yang lama pun tidak, nak kata dah berhijrah pun tidak. Aku masih Faathimah yang dahulu. Cuma apa yang aku harap, moga masih diberi peluang untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik :')

    Okayy cukup. Cukup dengan segala ayat tacing. Bhahaha. Kat USIM, perkara paling seronok sekali ialah aku dapat belajar pelbagai bvahasa terutama bahasa ganu. Sangat seronok okayy. Tapi takdelah sampai bercita-cita nak kawin dengan orang belah sana kan. Susah pulak nak balik kampung. Ngehh :3 Cuma seronok sebab kita dapat belajar banyak perkara, banyak bahasa.

    Tapi aku masih lagi lone ranger :3 kawan dengan semua orang tapi bukanlah kawan baik. Sebab aku nie memang memilih sikit bab kawan. Bhahahaha. Bahana dari form 1 kan. Dah biasa sorang. Tapi takpe, belajar berdiri atas kaki sendiri. Sampai bila nak bergantung harap dgn orang kan? Lagipun, aku masih ada Allah :)




    Thats all from me. Moga berjumpa lagi. Moga aku rajin untuk menulis setiap minggu. Blog p[on dah jadi entah apa-apa sebab dah lama sangat tinggal. Nak kena edit lagi. Okayyy tu bab yang paling paling paling malas sekali &gt;.&lt;  Doakan aku juygak supaya kuat dalam menghadapi segala ujian yang dugaan yang Allah berikan. Moga aku jugak kuat dalam menghadapi perangai-perangai kerek lelaki kat sini. Adehhh.

    Bab kata Ustazah, musibah kabirah :3

    K gurau.

    See you soon. Assalamualaikum ^^