Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Gadis Itu
  • Tanggungjawab
  • Peringatan Buat Yang Lupa
  • Kembali Normal
  • Malaikat
  • Final Exam
  • Takdir Allah :)
  • Forth Event : Gua Tempurung
  • Buat Mereka Yang Berminat dengan STAM
  • Kisah Semalam

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Kerana Ed 1

    Assalamualaikum.

    Atas keinginan diri sendiri, aku mahu mula menulis kembali. Nak mengasah balik bakat menulis sebelum ia menjadi pisau tumpul yang tiada guna. Haha. So terimalah, karya baru. 


    **********


    Kerana Ed Part 1

    "Kak Kinah, siapa ni? Hensem gila." Mata Izzati terbuntang luas. Sakinah pantas menarik handphonenya daripada tangan Izzati. Gambar dua orang lelaki di dalam train. Seorang berkulit cerah, seorang lagi sawo matang. Gambar yang senyap-senyap dicuri daripada Facebook seorang kenalannya.
    "Yang mana satu nie yang hensem?" Soal Sakinah diikuti dengan ketawa kecil.
    "Yang pakai spek tu. Putih-putih.Belah kiri. Yang belah kanan tu comel je, muka budak-budak. Macam baya Zati je," komen Izzati. Mukanya serius sedikit. 
    Sakinah ketawa lagi.
    "Izzati, durang ni sebaya tau. Gonna be 20 this year. Beza enam tahun dengan Zati," balas Sakinah. Raut wajah Izzati berubah, seakan tidak percaya.

    Sakinah mengoyak senyuman nipis. Dia mengerling kembali ke screen telefon Xperia C kepunyaannya. Yang sebelah kanan itu Fahmi Ramli. Merupakan seorang fasilitator yang disegani. Dia mengenali Abang Fahmi di kem, tiga tahun yang lalu. Abang Fahmi itu kecil sahaja orangnya, lagi rendah dari dia. Tapi dia perlu akui, Abang Fahmi mempunyai jiwa yang besar. Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk masyarakat di sekelilingnya.

    Dan di sebelah kanan itu.

    Eimran.
    Eimran Dzulkarnain.
    Atau nama gelarannya - Ed.

    Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Mana dia kenal? Melalui Facebook Abang Fahmi. Ed merupakan rakan sekolah Abang Fahmi. Saat kali pertama dia melihat Ed, dia terasa getaran di hatinya. Ed lain daripada lelaki lain. Walaupun hanya kenal dari gambar, hatinya sudah terpaut pada lelaki itu. Maka sejak saat itu, tiga tahun yang lalu, dia meminati Ed dalam diam. Dia bersahabat dengan Ed di Facebook, malah mengikuti perkembangan Ed di instagram. Segala-galanya dia cuba untuk mengambil tahu, selagi mana dia mampu. Tetapi, tiga tahun ini juga, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menegur Ed.

    Ya, dia bukanlah perempuan yang senang lenang menegur lelaki. Sakinah masih ada jati diri. Walaupun bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, dia masih tahu batas-batasnya dengan lelaki. Dia sedar bahawa sebagai seorang perempuan dia tidak boleh merendahkan martabatnya sendiri. Perlukah dia menghubungi Ed untuk mengatakan apa yang dia rasa? Pasti dia akan ditolak mentah-mentah. Sakinah baru lepasan SPM, Ed pula sedang menyambung pengajian di Timur Tengah, dalam bidang pergigian. 

    Tambahan pula selama ini, hanya dia yang mengenali Ed. Manakala Ed, entah tahu entah tidak kewujudannya di dunia ini. Syok sendirikah dia?

    Ahh, persetankan.

    Maka dia bertekad, dia hanya mampu berdoa. Jodoh itu di tangan Tuhan. Kalau Allah izin Ed memang benar jodohnya, dia bersyukur. Kalau tidak?

    Dia akan berguling-guling di dalam rumah, menangis sehingga banjir.

    Heh.

    Sedih tu wajiblah. Tapi hidup mesti diteruskan, kan? Sakinah kuat orangnya! Dia gadis luar biasa!

    "Kak Kinah! Orang tengah tanya dia, dia berangan pulak." 

    Sakinah tersentak. Terkebil-kebil dia memandang Izzati. Izzati memandang wajahnya, polos.

    "Tanya apa?"
    "Lelaki tu sape?"

    "Ouhhh, tu fasi akak dekat kem dulu. Takde apa pun lah. Dah pergi keluar, akak nak solat ni." Sakinah menghalau Izzati keluar dari bilik. Izzati tanpa banyak soal, terus keluar.

    "Akak..." 

    "Apa dia Sharifah Izzati?" Sakinah membalas, malas. Adik dia ni dah kenapa?

    "Tu ke Abang Ed yang akak selalu cerita dekat ummi?" 

    Sakinah terdiam. Dia berpaling ke arah adiknya. Izzati tersengih-sengih di pintu, sambil mengenyit mata.

    "Izzati, keluar sekarang!"