Welcome! Tagboard! ![]() Past Credits! ![]() ![]() ![]() ![]() |
Peringatan Buat Yang Lupa "Merenung ke luar jendela, Bayu pagi meniup lembut, Lihat bintang di angkasa Purnama menerangi gelapku. Dan bila fajar menjelma Itu permulaan hari baru Dunia gamat bunyinya Sepiku hanya Tuhan yang tahu" Paappp ! Aku menoleh. Meluruhkan headphone ke leher.Aiman tersenyum manis. "Kau kenapa?" Soalnya sambil melabuhkan punggung di katilku. Aku melihat jam, sudah hampir 2 petang. Rajin benar si Aiman datang bilik aku waktu-waktu macam ni. "Kenapa apa?" Soalku, tidak mengerti. Ataupun pura-pura tidak mengerti? Entahlah. Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Hanya bunyi kipas yang kedengaran. Aku menghela nafas, mencari kekuatan untuk bercakap. "Aku rasa nak nangis." "Kenapa?" "Tak tahu." Aiman menarik senyuman lagi. Ahh sahabatku ini! Sinar cahaya yang lahir di wajahnya seringkali membuatkan aku tenang. Erk, aku bukan gay okay. Tapi sungguh, raut wajahnya tak pernah jemu untuk dipandang. "Apa kata..." Aku memandang mata Aiman, menanti dia untuk menghabiskan kata-kata. "Cuba mengadu dekat Tuhan." Zasss ! Seperti aku terdiam terkaku membisu di situ. Ayat common, tapi menyentap. Astagfirullah. "Kau dah solat?" Soal Aiman. Aku menggeleng. "Solat lah dulu, jap lagi kita pergi makan okayh? Aku tunggu kau kat bawah." Aiman berlalu pergi. Mataku mengiringi dia hingga ke luar pintu. Muhasabah diri. Bila kita rasa tak tenang, cuba check balik hubungan kita dengan Dia. Mungkin ada salah silap di mana-mana. Kadang-kadang kita terlalu bergantung harap pada manusia, lebih daripada Pencipta. Mengeluh. Hampa. 'Bila lah kau nak berubah?' Tanya pada diri sendiri. Soalan yang acap kali diulang, tapi tindakannya entah ke mana. Lebur. Hancur. Tet tet ! Bunyi mesej masuk. "Berangkatlah kamu dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat." 9:41 -Aiman Aku tersenyum nipis. Allahu! Terasa bertuah kerana mendapat sahabat yang tak jemu menasihati aku yang sering lalai dan alpa ini. terus aku meletakkan telefon di atas meja. Mengambil wudhuk, dan bersiap sedia untuk solat zohor. Moga terus diberi kekuatan ! Allahu akbar ! |