Welcome! Tagboard! ![]() Past Credits! ![]() ![]() ![]() ![]() |
Gadis Itu Gadis itu, Apabila disapa tersenyum nipis Raut wajahnya suram Bila ditanya, Dia terdiam seketika Mencari kekuatan untuk berkata, "Aku okay, jangan risau" Gadis itu, Di sebalik senyum manisnya Terpalit kepahitan Di sebalik tawanya, Ada kekesalan Masa silamnya yg hitam Dikemam sendirian Walau cuba dihapus Masih utuh di ingatan Layakkah dia mendapat cinta Pencipta dan Ciptaan? Padahal dia sendiri malu dgn dirinya Gadik jijik, gadis hina Seandainya manusia tahu Bahawa dia gadis bertopeng Mampukah manusia menerimanya? Gadis itu, Cuba untuk bangun Bertemankan sisa-sisa keimanan Walau hatinya dirobek Walau jasadnya penuh luka Dia tetap perlu teruskan langkah Untuk menyerahkan kembali hati dan dirinya Kepada Sang Pencipta Gadis itu, Dia yakin dan percaya Dihambakan dirinya pada Yang Maha Kuasa Dia mengerti, Hati itu milik Tuhan Yang Esa Jasadnya hanya pinjaman sementara Lalu dia pulangkan kembali Kepada yang lebih berhak Allah Azza Wa Jalla. |