Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Peringatan Buat Yang Lupa
  • Kembali Normal
  • Malaikat
  • Final Exam
  • Takdir Allah :)
  • Forth Event : Gua Tempurung
  • Buat Mereka Yang Berminat dengan STAM
  • Kisah Semalam
  • Hangout : Penang
  • Tinggal Kenangan

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Tanggungjawab

    "Jodoh adalah pantulan diri sendiri."

    Lama dia merenung kata-kata itu. Salah seorang sahabatnya mengemas-kini status di Twitter. Dan itu adalah kata-kata yang agak mencuit akalnya untuk berfikir. Ahh, bukan dia terlalu taksub untuk memikirkan soal jodoh. Tapi dia sedang mencari kebenaran di sebalik kata-kata itu. Dan, dia sebagai seorang perempuan rasa bertanggungjawab untuk menyiapkan diri, rohani dan jasmani untuk menghadapi alam perkahwinan nanti.

    Cincin di jari ditenung. 

    Ya, sudah hampir dua bulan cincin emas itu berada di jari manis tangan kanannya. Disarungkan oleh bakal emak mertuanya. Dia tidak menolak, malah menerima dengan hati terbuka. Lelaki itu sendiri bukannya asing bagi dirinya; kawan sekolahnya juga. Selalu bersama. Bahkan mereka kawan baik. Selalu berkongsi masalah, dan akhirnya berkongsi perasaan yang sama. Namun mereka bukanlah seperti pasangan yang lain, yang selalu berkepit seperti belangkas. Yang selalu keluar tanpa arah tujuan. Mereka masih sedar batas masing-masing.

    Dan hampir sebulan yang lalu, dia menyertai usrah di bawah kolejnya. Diketuai oleh seorang kakak yang tua setahun darinya. Kakak itu berada di tahun akhir degree, manakala dia baru tahun ketiga. Apabila menyertai usrah itu, dia semakin mengenali kehidupan. Semakin mengetahui arah tuju hidupnya.

    Perkahwinan = Tanggungjawab

    Dua perkara yang berjalan seiringan, tak mungkin akan berpisah. Apabila berkahwin, maka automatiknya dia memikul tanggungjawab yang lebih besar. Sebagai seorang isteri, seorang menantu. 

    "Haihh la, tanggungjawab sebagai seorang anak dengan mak ayah pun tak lepas lagi. Tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah pun belum terlaksana sebelumnya." Dia mengeluh kecil. Menyesali
    kerana waktu mudanya dulu tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Erk, sekarang ni pun dia masih muda. Baru 22 tahun. 

    Okay sambung cerita.

    Disebabkan tarikh walimahnya hanya enam bulan daripada sekarang, maka dia ingin berubah 180 darjah menjadi seorang wanita yang lebih baik. Dibimbing oleh kedua ibubapanya sendiri. Ibu dan ayahnya lah yang banyak menasihatinya membuat itu dan ini. 

    Dan jodoh adalah pantulan diri sendiri?

    Dia masih musykil. Bukan tidak percaya dengan janji Allah; Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Tapi dia terfikir, layakkah dia untuk mendapat orang yang baik sedangkan dia sendiri masih bertatih-tatih. Padahal lelaki itu sedia maklum seorang yang sangat dihormati. Layakkah dia?

    ***********

    "Azra, lupakanlah masa lalu tu. Jangan menyesal dengan apa yang berlaku. Sebab masa lalu itulah yang menjadikan awak yang sekarang ini. Azra yang kuat, Azra yang tabah, Azra yang lembut hatinya. Azra yang ingin mencari Islam kembali. Cuba kalau Azra tidak diuji? Entah-entah Azra masih tidak ketahuan mana halanya. Azra kena ingat, ujian yang diberi adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya." Kata-kata Kak Rahmah kedengaran di cuping telinganya. Mata Kak Rahmah yang bersinar-sinar, cuba memberi Azra sedikit keyakinan, sedikit kekuatan.

    Air matanya menitis sedikit.

    Allah.

    "Jangan fikir layak tak layak. InsyaAllah, Dia tahu yang terbaik untuk kita. Dia tahu apa yang kita perlukan. Azra sendiri sedang cuba menjadi insan yang lebih baikkan? Akak yakin, si dia nanti akan membimbing Azra, dan akan menjadikan Azra sebagai seorang wanita yang dicemburui oleh para bidadari syurga." Digenggam erat tangannya. Kak Rahmah! Betapa wanita ini sungguh memahami. Bicaranya lembut namun menawan hati. Betapa bersyukurnya dia ditemukan dengan Kak Rahmah dalam bulatan gembira ini.

    "Kak Rahmah, doakan Azra."

    Dan mereka berpelukan. Dan hujan mula menitis, diharapnya semoga ada pelangi yang menghiasi langit yang suram nanti.