Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Manusia dan Ujian
  • Update of My Life 2
  • Update of My Life
  • Kerana Ed 1
  • Gadis Itu
  • Tanggungjawab
  • Peringatan Buat Yang Lupa
  • Kembali Normal
  • Malaikat
  • Final Exam

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    To Kuala Pilah

    Assalamualaikum.

    Hai hai hai. My life is getting busier. Banyak sangat assignmentnya sampai tak sempat nak buat mana satu. Hahahaha. Over okay over. Alhamdulillah satu dah siap, folio pasal sahabat nabi which is group aku ambik pasal Bilal Ibn Rabah. Assignment lain yang beratur sedang mintak disiapkan ialah Legal Bulletin (Papyrus) under subject Law and Society. Group aku ambik tajuk Atm Hacks. Minggu depan hantar T.T Role play pun tak buat lagi. Video utk subject English lagi. Tu tak termasuk up coming assignment - video berlakon case dengan taqdim Fiqh dan Ittisol. Hampir terlupa mini research pasal Drug Abuse. Pergh perghh.

    Pasal assignment pun dah satu perenggan T.T

    Sebenarnya nak cerita pasal pegi jalan-jalan hari tu.

    Alhamdulillah, Jumaat lepas diberi kesempatan pergi berjalan dekat area Negeri Sembilan. Ada kenduri doa selamat dekat rumah Azlin, so kitaorang pun sewa kereta pergi sana. Tapi sebelum tu singgah Port Dickson dulu. Singgah ambik angin kat pantai.





    Fefeeling princess sikit jalan-jalan tepi pantai dengan pakai jubah. Hahaha. Sebenarnya habis-habis kelas terus pecut pergi sana. Sampai tak sempat tukar baju. Sebenarnya teringin sangat nak naik banana boat sebab tak pernah naik. Aku minat aktiviti lasak tapi tak ada kesempatan nak buat. Lepas kahwin mungkin? kahkahkah

    k hambar

    Lepas tu pegi makan dekat Tampin, dan pergi rumah mak ayah Azlin. Pergh takde line weh, Setegheh seteghehh T.T Camno nak hidup. Haha. Tapi malam tu kitaorang pergi tido rumah Azlin, tak berapa nak jauh sangat dengan rumah parents dia. Ada la line sikek. Tu pun dapat G je kalau maxis. Sedih sungguh. Tapi takpelah, tu maksudnya memang Allah nak suruh tenangkan diri betul-betul kat sana tanpa gangguan makhluk mana-mana :')

    So the next day kitaorang pergi rumah Azlin tolong basuh-basuh pinggan, siang-siang sayur dan tolong lah mana yang patut. Alhamdulillah, unforgettable memories. Selalu kalau kenduri kat rumah, tempah je. Takyah susah-susah nak masak. Tapi duduk kampung, macam nilah. Masak ramai-ramai, dengan orang kampung. Best lah yang pastinya. Yang penting, duduk sana kerja makan je. Tembun dah aku rasa nie. Kena gi jogging T.T









    Seronok sangat duduk sini walaupun kejap. Sebab dapat makan free. Haha. Ibu Azlin pun sporting, layan je perangai kitaorang semua yang tiga suku nie T.T Terharu kami. Taktau dah nak cakap apa. Tapi kena balik jugak. USIM memerlukan kami. Bhahahaha. Ayat tak boleh blah :p Padahal rindu Wi-Fi Usim je XD







    Nak tunjuk gambar je. Malas nak cakap banyak-banyak. Babai, jumpa lagi ^_^