
|
Welcome! Tagboard! ![]() Past Credits! ![]() Basecode: Dilla Eyra Some help: ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Edited by: Little Faa
|
KAHFI Zon Utara 2015 Bismillahirrahmanirrahim. Terpanggil untuk jenguk blog yang sekian lama tidak diupdate. Nak kata busy sangat 24 jam tu takdelah, tapi apakan daya, hasutan syaitan tu kuat sangat T.T tapi hari nie Allah izin, dapat kekuatan untuk update. Alhamdulillah. Dah dua tahun tak pergi kem. Sangat teruja bila dapat panggilan daripada Farhatun Najwa untuk jadi fasilitator kem KAHFI. Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi untuk ikut program. Rasa bertuah, sebab dalam banyak-banyak orang, Allah pilih kita untuk bantu jemaah. Untuk buat sesuatu yg bermanfaat untuk masyarakat, remaja pada zaman kini. Datang hari Isnin, Kak Ayuni datang ambik. Semangat datang awal sebab ade ToT hari Selasa. Terima kasih Kak Ayuni yang berbaik hati tolong tumpangkan rumah beliau. MashaAllah, sangat teruja melihat kesungguhan beliau dalam kerja dakwah. Mungkin satu hari nanti boleh contohi Kak Ayuni, inshaAllah :) Dan alhamdulillah, meeting berjalan dengan lancar walaupun masih blur-blur. Sebab dah lama tak pergi kem. Tapi dalam hati dah bertekad, I'm gonna do something useful with these kids ^_^ Hari first. Secara jujurnya, in the beginning, rasa semangat tengok adik-adik datang. Tapi bila program ice breaking and team building tu, rasa frust sikit. Sebab adik-adik nampak tak bersemangat. Mungkin salah kami jugak sebab tak reti nak conduct program and ambik hati adik2. Takpe, kami pujuk hati. Allah akan bagi something nanti. I'm not give up. Ini baru permulaan. Thanks to Kak Maya yang sudi brainwash adik-adik. Kak Maya selitkan sirah, tentang serikandi Islam. And alhamdulillah, nampak improvement untuk sesi leadership game. Dah mula nampak kerjasama antara ahli kumpulan walaupun gap itu masih ada. Tapi, at least ada improvement kan? Kita manusia biasa jugak, ada kelemahan dan kepincangan. Dan itulah guna sahabat, untuk kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Malam tu, ada sesi ceramah. Seronok tengok adik-adik fokus, catat setiap point penting dalam ceramah tu. Deep in my heart, I hope that all of you will remember the wisdom words. I do feel that adik2 semua adalah insan yang sangat bertuah sebab mampu mendengar mutiara2 kata yang tak semua remaja tahu. Seiring dengan tema kem Kahfi kali ni, 'Remaja Bertaqwa, Permata Ummah.' Sungguh, kalian adalah permata yang sangat berharga yang perlu dijaga :') The next day, hari yang sangat mencabar dan memenatkan. Start with jungle trekking. Kemudian sembelih ayam, kena masak sendiri pulak. Malam tu night walk. Gila kalau tak penat. Sbb diri sendiri pun gila punya exhausted sampai rasa macam dpt tido 10 minit pun dah heaven gilaaa. Tugas fasi nie berat, kena bersama dengan adik-adik setiap slot, kena selami hati adik-adik. Sentiasa senyum. Jaga korang kalau sakit, dengar setiap rintihan korang even pasal nyamuk sekalipun. Dan lain-lain. Hahaha :') Tapi alhamdulillah, ini semua pengalaman yang tak dapat dilupakan. Wallah, adik-adik adalah kenangan yang terindah. And hari yang last. Hari yang paling rasa berat. Kalau boleh taknak berpisah dengan adik-adik sebab sayang sangat. I cannot express my feeling on that time. Maaf kalau ada yang tak sempat salam time last program tu, sebab takut nangis T.T But I do cry on that time bila peluk dengan Najwa, and peserta lain semua macam.. "Ehh kak Fa janganlah nangis!" Hahahaha. Sorry girls, akak fesi mu ini memang kuat nangis orangnya. And I do hate perpisahan. Tapi apa-apapun, setiap pertemuan tu ada perpisahannya. Itu yang pasti. I'm so touched when I hug several of the girls yang menangis dalam dakapan. Wuuuu. Rasa macam taknak lepaskan korang T.T Even tiga hari je dapat bersama, I can feel the miracle of ukhuwah. Rasa sayang sangat dekat adik-adik. Mungkin perasaan ni overdose sbb takde adik. Hahaha. Tapi nie sumpah tak tipu, I do love all of you. So much. Apa-apapun alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. A big appreciation untuk semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang banyak tolong dan bantu kami, barisan urusetia yang banyak berjasa di sebalik tabir, yang bersengkang mata tak tidur semata-mata untuk pastikan program berjalan dengan lancar. Tidak lupa kem kom, timbalan kem kom dan fasilitator lain yang sangat membantu hamba yg dhaif ini. And last but not least, adik-adik kem yang sangat comel, manja ceria yang bakal menggegarkan dunia satu hari nanti dgn izin Allah :) InshaAllah, ada masa dan peluang kita jumpa lagi. Kalau tak, kita jumpa di syurga nanti okay :) Sayang semua. gtg, Assalamualaikum. Farewell Party TTL2 Assalamualaikum. Alhamdulillah masih dihidupkan dan diberi keizinan untuk bernafas pada Jumaat yang penuh barakah. Selesai sudah sesi pembelajaran Tamhidi 2014/2015 hari nie. Awal-awal lagi kelas dah dibatalkan :D Alhamdulillah jugak selesai Dinner Tamhidi Syariah Undang-Undang 2014/2015 dan Party Farewell Tutorial 2. I'm gonna miss them. So much. Biarlah kenangan ini menjadi kenangan yang terindah. Setiap gambar ada ceritanya tersendiri :)
Terima kasih pada semua ahli tutorial 2. Hadi yang sponsor pizza, Wani sponsor satay, Athirah sponsor spaghetti, Aqilah sponsor kek, Aiman sponsor air, Zai sponsor belon, Badar dengan Hanan sponsor goodies dgn snek, Syafiq sponsor putu piring dan semualahh. Terima kasih sangat sangat sangat sebab sudi bagi kerjasama yang baik. Nakal tapi sentiasa di hati.
Sayang korang ketat-ketat, moga ukhuwah kita kekal sampai mati.
Jumpa di syurga, biiznillah :)
Short Post Assalamualaikum, Sedar tak sedar ada beberapa hari lagi nak study week, lepas tu final sudah T.T Rasa macam tak percaya tamhidi dah nak habis. Rasa macam tak percaya dah setahun duduk dekat USIM, dekat setahun jadi part of Negeri Sembilan, dekat setahun jugak berebut bas, outing dekat Giant. Rasa macam semua mimpi je, Mimpi indah ke mimpi buruk aku pun tak tahu. Tapi aku tahu, Allah dah susun yang terbaik untuk aku, engkau dan kita semua <3 So minggu nie last tutor, last kuliah. Last nak datang menempek dekat USIM. Sebab nanti time study week mesti mereput dekat KKNC. Kahkahkah. Okay gurau. Kakak-kakak dan abam-abam degree masih ada, so boleh je nak datang tayang muka dekat USIM. Kalau rajin gi study kat library. Insya-Allah rajin. Insya-Allah. Tak sempat nak cakap banyak. Got to go sebab ada kelas last dengan Madam Mursyidah, Nanti ai belanja gambar lagi. Babai. To Kuala Pilah Assalamualaikum. Hai hai hai. My life is getting busier. Banyak sangat assignmentnya sampai tak sempat nak buat mana satu. Hahahaha. Over okay over. Alhamdulillah satu dah siap, folio pasal sahabat nabi which is group aku ambik pasal Bilal Ibn Rabah. Assignment lain yang beratur sedang mintak disiapkan ialah Legal Bulletin (Papyrus) under subject Law and Society. Group aku ambik tajuk Atm Hacks. Minggu depan hantar T.T Role play pun tak buat lagi. Video utk subject English lagi. Tu tak termasuk up coming assignment - video berlakon case dengan taqdim Fiqh dan Ittisol. Hampir terlupa mini research pasal Drug Abuse. Pergh perghh. Pasal assignment pun dah satu perenggan T.T Sebenarnya nak cerita pasal pegi jalan-jalan hari tu. Alhamdulillah, Jumaat lepas diberi kesempatan pergi berjalan dekat area Negeri Sembilan. Ada kenduri doa selamat dekat rumah Azlin, so kitaorang pun sewa kereta pergi sana. Tapi sebelum tu singgah Port Dickson dulu. Singgah ambik angin kat pantai. Fefeeling princess sikit jalan-jalan tepi pantai dengan pakai jubah. Hahaha. Sebenarnya habis-habis kelas terus pecut pergi sana. Sampai tak sempat tukar baju. Sebenarnya teringin sangat nak naik banana boat sebab tak pernah naik. Aku minat aktiviti lasak tapi tak ada kesempatan nak buat. Lepas kahwin mungkin? kahkahkah k hambar Lepas tu pegi makan dekat Tampin, dan pergi rumah mak ayah Azlin. Pergh takde line weh, Setegheh seteghehh T.T Camno nak hidup. Haha. Tapi malam tu kitaorang pergi tido rumah Azlin, tak berapa nak jauh sangat dengan rumah parents dia. Ada la line sikek. Tu pun dapat G je kalau maxis. Sedih sungguh. Tapi takpelah, tu maksudnya memang Allah nak suruh tenangkan diri betul-betul kat sana tanpa gangguan makhluk mana-mana :') So the next day kitaorang pergi rumah Azlin tolong basuh-basuh pinggan, siang-siang sayur dan tolong lah mana yang patut. Alhamdulillah, unforgettable memories. Selalu kalau kenduri kat rumah, tempah je. Takyah susah-susah nak masak. Tapi duduk kampung, macam nilah. Masak ramai-ramai, dengan orang kampung. Best lah yang pastinya. Yang penting, duduk sana kerja makan je. Tembun dah aku rasa nie. Kena gi jogging T.T Seronok sangat duduk sini walaupun kejap. Sebab dapat makan free. Haha. Ibu Azlin pun sporting, layan je perangai kitaorang semua yang tiga suku nie T.T Terharu kami. Taktau dah nak cakap apa. Tapi kena balik jugak. USIM memerlukan kami. Bhahahaha. Ayat tak boleh blah :p Padahal rindu Wi-Fi Usim je XD Nak tunjuk gambar je. Malas nak cakap banyak-banyak. Babai, jumpa lagi ^_^ Manusia dan Ujian Bismillahirrahmanirrahim.
Allah uji dia dengan sakit.
Allah uji dia dengan telefon bimbit jatuh, lalu skrinnya
retak.
Allah uji dia dengan kehilangan duit belanja.
Tahukah anda?
Kadangkala dengan percakapan sebegitu membuatkan dia rasa
down.
Rasa, “Kenapa malang sangat nasib aku hari ni?”
“Takpe, ada hikmah kenapa Allah bagi semua ni.”
“Allah pilih awak nak hadapi ujian ni, sebab dia tahu awak
mampu.”
“Allah nak gantikan dengan perkara yang lebih baik ni.”
Ya, ayat common. Ayat yang terlalu biasa untuk budak yang
mengalami proses tarbiyah. Tapi bukankah ayat ini dapat memujuk walaupun
sedikit hati yang sedang bermuram durjana?
Betulkanlah yang biasa, biasakanlah yang betul J
Al-fatihah untuk hati yang mati.
Notakaki: Rindunya nak nyanyi lagu rahmat ujian ramai-ramai
T.T
Update of My Life 2 Assalamualaikum. Alhamdulillah, done for service presentation which is my group has choosed building insurance for our company. Tapi agaklah kecewa sebab madam macam frust sikit dengan our performance. Building insurance is a quite tough actually. Sampai madam pun pelik kenapa kitaorg pilik tajuk nie padahal kitaorg taktau pun pasal tajuk nie sangat. At the end, without saying thank you, madam just cakap, next group. Hahahaha. Okay sangat sentap sebenarnya. Tapi ini adalah lumrah kehidupan sebagai seorang student law. Korang akan dismash dengan kata-kata yang korang takkan terfikir pun kata-kata itu akan dilontarkan kepada korang. Hahahaha. Tu aku masih dalam dilema, nak ambik law ataupun tak. Sebab aku ni takdelah pandai sangat bermain dengan kata-kata. Setakat tulis atas keyboard bolehlah. Face to face? Ma'assalamah la jawabnya. Nangis dulu. T.T Btw, study dalam bidang law adalah sangat best sebenarnya kalau betul-betul menjiwai. Korang akan dapat tahu banyak perkara yang selama ni korang kurang tahu atau memang tak tahu langsung. Macam aku. Tapi law nie secara jujurnya memanglah kena rajin membaca. Sebab kenkadang satu huruf tu pun penting, kalau tak salah jawapannya. Macam kuiz GPML hari tu, salah letak s je pun. Okay nangis lagi T.T Konklusinya, nak jadi lawyer, kau kena menjadi seorang yang:
Ada ciri-ciri di atas? Tahniah, anda mungkin salah seorang yang terpilih yang akan menjadi seorang peguam. Chiau. Salam Jumaat. Update of My Life Assalamualaikum. Hai. Saja curi masa sikit tulis blog. Tadi baru ambik result MUET dekat pejabat tamhidi. Alhamdulillah, band 3. Layak untuk ambik Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang or known as SMSU (SAMSUNG) dekat USIM ni. Tapi nanti kena repeat jugak untuk dapatkan band 4. Wuwuuu T.T Takpelah, 20 marks to go. InsyaAllah, I can do it. Tapi persoalannya di sini, layakkah ambik law? Secara jujurnya, aku tak pernah terfikir nak jadi peguam. Nak cakap kat depan pun takut-takut, terketar-ketar. Belum part masuk tutor law. Gila rasa macam nak tercabut jantung. Tadi pun. Sebut fact case pasal Donoghue v Stevenson tu pun gagap. Padahal sebelum tu pulun gila baca. Bila masuk kelas je hilang semuanya. Astagfirullahalazim. Dosa banyak sangat nie. Sobs sobs. Semalam, secara tak sengaja bincang dengan dia pasal masa depan. Kalau aku ambik law, which is 5 tahun, its meaning that nanti aku grad sama dengan dia jugak. Tapi kalau aku ambik Fiqh Fatwa, aku habis awal setahun pada dia. First time bincang pasal masa depan dengan dia secara serius sikit T.T Tapi tak boleh lah nak rancang lebih-lebih, aku pun tak habis tamhidi lagi. Dia pun baru masuk sem dua. Tapi apa-apapun, kita masih perlu merancang. Okay, drop the subject. So hari tu berpeluang masuk moot court, buat shooting sikit untuk kes Bolitho. Aku sebagai pelakon tambahan je, nie bukan kes yang aku handle pun. Just tolong Zai, Azlin, Qura dengan Aiman je untuk assignment dia org. Nanti time kes aku, aku mintak tolong diaorg pulak kan. Kihkihkih. Nah belanja gambar :3 Okaylah, got to go. Nak siapkan skrip role play untuk esok. Kalau rajin I update blog lagi okayy. Kerana Ed 1
Assalamualaikum.
Atas keinginan diri sendiri, aku mahu mula menulis kembali. Nak mengasah balik bakat menulis sebelum ia menjadi pisau tumpul yang tiada guna. Haha. So terimalah, karya baru.
**********
Kerana Ed Part 1
"Yang mana satu nie yang hensem?" Soal Sakinah diikuti dengan ketawa kecil.
"Yang pakai spek tu. Putih-putih.Belah kiri. Yang belah kanan tu comel je, muka budak-budak. Macam baya Zati je," komen Izzati. Mukanya serius sedikit.
Sakinah ketawa lagi.
"Izzati, durang ni sebaya tau. Gonna be 20 this year. Beza enam tahun dengan Zati," balas Sakinah. Raut wajah Izzati berubah, seakan tidak percaya.
Sakinah mengoyak senyuman nipis. Dia mengerling kembali ke screen telefon Xperia C kepunyaannya. Yang sebelah kanan itu Fahmi Ramli. Merupakan seorang fasilitator yang disegani. Dia mengenali Abang Fahmi di kem, tiga tahun yang lalu. Abang Fahmi itu kecil sahaja orangnya, lagi rendah dari dia. Tapi dia perlu akui, Abang Fahmi mempunyai jiwa yang besar. Sanggup berkorban masa dan tenaga untuk masyarakat di sekelilingnya.
Dan di sebelah kanan itu.
Eimran.
Eimran Dzulkarnain.
Atau nama gelarannya - Ed.
Dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Mana dia kenal? Melalui Facebook Abang Fahmi. Ed merupakan rakan sekolah Abang Fahmi. Saat kali pertama dia melihat Ed, dia terasa getaran di hatinya. Ed lain daripada lelaki lain. Walaupun hanya kenal dari gambar, hatinya sudah terpaut pada lelaki itu. Maka sejak saat itu, tiga tahun yang lalu, dia meminati Ed dalam diam. Dia bersahabat dengan Ed di Facebook, malah mengikuti perkembangan Ed di instagram. Segala-galanya dia cuba untuk mengambil tahu, selagi mana dia mampu. Tetapi, tiga tahun ini juga, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menegur Ed.
Ya, dia bukanlah perempuan yang senang lenang menegur lelaki. Sakinah masih ada jati diri. Walaupun bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, dia masih tahu batas-batasnya dengan lelaki. Dia sedar bahawa sebagai seorang perempuan dia tidak boleh merendahkan martabatnya sendiri. Perlukah dia menghubungi Ed untuk mengatakan apa yang dia rasa? Pasti dia akan ditolak mentah-mentah. Sakinah baru lepasan SPM, Ed pula sedang menyambung pengajian di Timur Tengah, dalam bidang pergigian.
Tambahan pula selama ini, hanya dia yang mengenali Ed. Manakala Ed, entah tahu entah tidak kewujudannya di dunia ini. Syok sendirikah dia?
Ahh, persetankan.
Maka dia bertekad, dia hanya mampu berdoa. Jodoh itu di tangan Tuhan. Kalau Allah izin Ed memang benar jodohnya, dia bersyukur. Kalau tidak?
Dia akan berguling-guling di dalam rumah, menangis sehingga banjir.
Heh.
Sedih tu wajiblah. Tapi hidup mesti diteruskan, kan? Sakinah kuat orangnya! Dia gadis luar biasa!
"Kak Kinah! Orang tengah tanya dia, dia berangan pulak."
Sakinah tersentak. Terkebil-kebil dia memandang Izzati. Izzati memandang wajahnya, polos.
"Tanya apa?"
"Lelaki tu sape?"
"Ouhhh, tu fasi akak dekat kem dulu. Takde apa pun lah. Dah pergi keluar, akak nak solat ni." Sakinah menghalau Izzati keluar dari bilik. Izzati tanpa banyak soal, terus keluar.
"Akak..."
"Apa dia Sharifah Izzati?" Sakinah membalas, malas. Adik dia ni dah kenapa?
"Tu ke Abang Ed yang akak selalu cerita dekat ummi?"
Sakinah terdiam. Dia berpaling ke arah adiknya. Izzati tersengih-sengih di pintu, sambil mengenyit mata.
"Izzati, keluar sekarang!"
Gadis Itu Gadis itu, Apabila disapa tersenyum nipis Raut wajahnya suram Bila ditanya, Dia terdiam seketika Mencari kekuatan untuk berkata, "Aku okay, jangan risau" Gadis itu, Di sebalik senyum manisnya Terpalit kepahitan Di sebalik tawanya, Ada kekesalan Masa silamnya yg hitam Dikemam sendirian Walau cuba dihapus Masih utuh di ingatan Layakkah dia mendapat cinta Pencipta dan Ciptaan? Padahal dia sendiri malu dgn dirinya Gadik jijik, gadis hina Seandainya manusia tahu Bahawa dia gadis bertopeng Mampukah manusia menerimanya? Gadis itu, Cuba untuk bangun Bertemankan sisa-sisa keimanan Walau hatinya dirobek Walau jasadnya penuh luka Dia tetap perlu teruskan langkah Untuk menyerahkan kembali hati dan dirinya Kepada Sang Pencipta Gadis itu, Dia yakin dan percaya Dihambakan dirinya pada Yang Maha Kuasa Dia mengerti, Hati itu milik Tuhan Yang Esa Jasadnya hanya pinjaman sementara Lalu dia pulangkan kembali Kepada yang lebih berhak Allah Azza Wa Jalla. Tanggungjawab
"Jodoh adalah pantulan diri sendiri."
Lama dia merenung kata-kata itu. Salah seorang sahabatnya mengemas-kini status di Twitter. Dan itu adalah kata-kata yang agak mencuit akalnya untuk berfikir. Ahh, bukan dia terlalu taksub untuk memikirkan soal jodoh. Tapi dia sedang mencari kebenaran di sebalik kata-kata itu. Dan, dia sebagai seorang perempuan rasa bertanggungjawab untuk menyiapkan diri, rohani dan jasmani untuk menghadapi alam perkahwinan nanti.
Cincin di jari ditenung.
Ya, sudah hampir dua bulan cincin emas itu berada di jari manis tangan kanannya. Disarungkan oleh bakal emak mertuanya. Dia tidak menolak, malah menerima dengan hati terbuka. Lelaki itu sendiri bukannya asing bagi dirinya; kawan sekolahnya juga. Selalu bersama. Bahkan mereka kawan baik. Selalu berkongsi masalah, dan akhirnya berkongsi perasaan yang sama. Namun mereka bukanlah seperti pasangan yang lain, yang selalu berkepit seperti belangkas. Yang selalu keluar tanpa arah tujuan. Mereka masih sedar batas masing-masing.
Dan hampir sebulan yang lalu, dia menyertai usrah di bawah kolejnya. Diketuai oleh seorang kakak yang tua setahun darinya. Kakak itu berada di tahun akhir degree, manakala dia baru tahun ketiga. Apabila menyertai usrah itu, dia semakin mengenali kehidupan. Semakin mengetahui arah tuju hidupnya.
Perkahwinan = Tanggungjawab
Dua perkara yang berjalan seiringan, tak mungkin akan berpisah. Apabila berkahwin, maka automatiknya dia memikul tanggungjawab yang lebih besar. Sebagai seorang isteri, seorang menantu.
"Haihh la, tanggungjawab sebagai seorang anak dengan mak ayah pun tak lepas lagi. Tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah pun belum terlaksana sebelumnya." Dia mengeluh kecil. Menyesali
kerana waktu mudanya dulu tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Erk, sekarang ni pun dia masih muda. Baru 22 tahun.
Okay sambung cerita.
Disebabkan tarikh walimahnya hanya enam bulan daripada sekarang, maka dia ingin berubah 180 darjah menjadi seorang wanita yang lebih baik. Dibimbing oleh kedua ibubapanya sendiri. Ibu dan ayahnya lah yang banyak menasihatinya membuat itu dan ini.
Dan jodoh adalah pantulan diri sendiri?
Dia masih musykil. Bukan tidak percaya dengan janji Allah; Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Tapi dia terfikir, layakkah dia untuk mendapat orang yang baik sedangkan dia sendiri masih bertatih-tatih. Padahal lelaki itu sedia maklum seorang yang sangat dihormati. Layakkah dia?
***********
"Azra, lupakanlah masa lalu tu. Jangan menyesal dengan apa yang berlaku. Sebab masa lalu itulah yang menjadikan awak yang sekarang ini. Azra yang kuat, Azra yang tabah, Azra yang lembut hatinya. Azra yang ingin mencari Islam kembali. Cuba kalau Azra tidak diuji? Entah-entah Azra masih tidak ketahuan mana halanya. Azra kena ingat, ujian yang diberi adalah tanda kasih sayang Allah pada hambaNya." Kata-kata Kak Rahmah kedengaran di cuping telinganya. Mata Kak Rahmah yang bersinar-sinar, cuba memberi Azra sedikit keyakinan, sedikit kekuatan.
Air matanya menitis sedikit.
Allah.
"Jangan fikir layak tak layak. InsyaAllah, Dia tahu yang terbaik untuk kita. Dia tahu apa yang kita perlukan. Azra sendiri sedang cuba menjadi insan yang lebih baikkan? Akak yakin, si dia nanti akan membimbing Azra, dan akan menjadikan Azra sebagai seorang wanita yang dicemburui oleh para bidadari syurga." Digenggam erat tangannya. Kak Rahmah! Betapa wanita ini sungguh memahami. Bicaranya lembut namun menawan hati. Betapa bersyukurnya dia ditemukan dengan Kak Rahmah dalam bulatan gembira ini.
"Kak Rahmah, doakan Azra."
Dan mereka berpelukan. Dan hujan mula menitis, diharapnya semoga ada pelangi yang menghiasi langit yang suram nanti.
Peringatan Buat Yang Lupa "Merenung ke luar jendela, Bayu pagi meniup lembut, Lihat bintang di angkasa Purnama menerangi gelapku. Dan bila fajar menjelma Itu permulaan hari baru Dunia gamat bunyinya Sepiku hanya Tuhan yang tahu" Paappp ! Aku menoleh. Meluruhkan headphone ke leher.Aiman tersenyum manis. "Kau kenapa?" Soalnya sambil melabuhkan punggung di katilku. Aku melihat jam, sudah hampir 2 petang. Rajin benar si Aiman datang bilik aku waktu-waktu macam ni. "Kenapa apa?" Soalku, tidak mengerti. Ataupun pura-pura tidak mengerti? Entahlah. Sesaat. Dua saat. Tiga saat. Hanya bunyi kipas yang kedengaran. Aku menghela nafas, mencari kekuatan untuk bercakap. "Aku rasa nak nangis." "Kenapa?" "Tak tahu." Aiman menarik senyuman lagi. Ahh sahabatku ini! Sinar cahaya yang lahir di wajahnya seringkali membuatkan aku tenang. Erk, aku bukan gay okay. Tapi sungguh, raut wajahnya tak pernah jemu untuk dipandang. "Apa kata..." Aku memandang mata Aiman, menanti dia untuk menghabiskan kata-kata. "Cuba mengadu dekat Tuhan." Zasss ! Seperti aku terdiam terkaku membisu di situ. Ayat common, tapi menyentap. Astagfirullah. "Kau dah solat?" Soal Aiman. Aku menggeleng. "Solat lah dulu, jap lagi kita pergi makan okayh? Aku tunggu kau kat bawah." Aiman berlalu pergi. Mataku mengiringi dia hingga ke luar pintu. Muhasabah diri. Bila kita rasa tak tenang, cuba check balik hubungan kita dengan Dia. Mungkin ada salah silap di mana-mana. Kadang-kadang kita terlalu bergantung harap pada manusia, lebih daripada Pencipta. Mengeluh. Hampa. 'Bila lah kau nak berubah?' Tanya pada diri sendiri. Soalan yang acap kali diulang, tapi tindakannya entah ke mana. Lebur. Hancur. Tet tet ! Bunyi mesej masuk. "Berangkatlah kamu dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat." 9:41 -Aiman Aku tersenyum nipis. Allahu! Terasa bertuah kerana mendapat sahabat yang tak jemu menasihati aku yang sering lalai dan alpa ini. terus aku meletakkan telefon di atas meja. Mengambil wudhuk, dan bersiap sedia untuk solat zohor. Moga terus diberi kekuatan ! Allahu akbar ! Kembali Normal Bismillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dalam dunia ni, Allah izinkan kita menjadi khalifahNya - yakni diberi kepercayaan untuk mentadbir alam. Kita juga sebagai manusia, punya tanggungjawab yang besar. Iaitu sbg seorang DAIE. Daie tu apa? Ehemmm. Daie tu macam nutella dan roti. Tak boleh dipisahkan. Ehekk. Daie nie, orang yang mengajak manusia membuat kebaikan. Kebaikan = kembali ke jalan Allah. Kerja dakwah adalah kerja yang paling berat dalam dunia nie. Kerja dakwah harus berterusan sampai kita mati. Kerja dakwah jugak bermakna, dalam menjadi seorang yang soleh,kita juga harus menjadi musleh. "Bro, kau tak penat ke duduk dalam kerja dakwah? Aku tak larat ah!" Sengih. "Brader, kau nak tahu sesuatu?" "Gapo?" "Buat kerja dakwah memang penat. Tapi penat boleh rehat kejap. Tapi bila kita rehat, pahala kita tetap berterusan." krik krik "Kalau kau nak tahu jugak, buat maksiat tu memang lah seronok, best, ade umphh. Tapi keseronokan tu kejap je. Last-last dosa tu yang kekal." Ehekk. *pitam Dan ketahuilah, dilingkungi syurga itu dengan kesukaran, dan dikelilingi neraka itu dengan syahwat :) ********************* Mohon doa kalian. Aku dah nak balik hostel. Moga-moga lebih jadi insan yang solehah, dan muslehah. Dan moga-moga lebih baik dari sem 1 nie. Buat awak, jangan nakal-nakal okay.
Throwback, Lexis Nexis class. Law , please be nice to me T.T
Malaikat Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya Malaikat untuk jaganya bila ku tiada Tunaikan semua permintaannya kerna Ku cintanya sungguh-sungguh Pagi petang berlumba Terkejar-kejar masa Cuba bina istana untuk hidup bersama Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu Ku tambahkan satu doa untuk kamu Benar ku menyedari kini ku menghadapi Segala yang ditakdirkan untuk hidupku Maafkanlah diriku kerna melukakanmu Terpaksa ku melangkah pergi Meninggalkan kamu Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu Ku tambahkan satu doa untuk kamu Final Exam Assalamualaikum ^^ Fuhh fuhh ! Macam biasa bila diri terlalu busy dengan assignment. Sampai dunia blogging ditinggalkan. Sibuk lah sangat kannn. Sebenarnya banyak lagha dengan dunia. Tskk tskk T.T Addicted dengan laman sosial. Tak sedar nak final. Sobb sobbb. *hembus hingus* Hari ni hari last sem 1. Then, cuti study week ---> final exam ---> cuti sem ---> sem 2 Tahun depan dah 19 tahun. Tskk tskkk *hembus hingus lagi*
"Don't ask a simple life, but pray perseverance to go through life."
Kadang-kadang kita tak sedar kita terlalu sayangkan seseorang melebihi kita sayang pada Dia, Kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya kita lebih rindukan maksiat daripada pahala, Kadang-kadang kita tak sedar yang Allah ambil 'dia' dari kita supaya kita lebih fokus pada Dia. Dan kenapa, Kita sukar melepaskan seseorang yang acapkali menyakiti hati kita. Sampai satu tahap, Kita terlalu menjaga hati dia sehingga mengabaikan Dia. Mana yang lebih penting? Pencipta atau dia yang dicipta? #readyforginalexam #bismillahirrahmanirrahim Takdir Allah :) Assalamualaikum ^^ Alhamdulillah 'ala kulli hal. My life is getting busier than before.. Manusia merancang, Allah juga merancang. Dan ternyata perancangan Allah itulah yang terbaik :) Alhamdulillah, sekaranng nie aku berjaya menempatkan diri aku di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan. Rezeki Allah yang tak dijangka-jangka, walaupun tak sempat nak habiskan STAM, tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang <3 data-blogger-escaped-p=""> Lawyer to be, inyaAllah ^^ Kehidupan di universiti tak seindah yang aku jangkakan. Echewahhh. Paling ketara adalah sebab duit kau akan keluar ibarat pili yang mencurah-curah airnya. Dengan duit buku, duit makan lagi. Tapi semua ni pengalaman yang mengajar aku erti kehidupan :) sampai bila je asyik nak enjoy. Hidup sebagai manusia, memikul amanah yang berat di muka bumi ini. Manusia = Khalifah. Daie. Dan manusia, sering terlupa yang hidupnya ini singkat. Matlamatnya akhirat, dunia ini hanya sebagai tempat persinggahan. Aku ? Nak kata masih di takuk yang lama pun tidak, nak kata dah berhijrah pun tidak. Aku masih Faathimah yang dahulu. Cuma apa yang aku harap, moga masih diberi peluang untuk berubah menjadi hamba yang lebih baik :') Okayy cukup. Cukup dengan segala ayat tacing. Bhahaha. Kat USIM, perkara paling seronok sekali ialah aku dapat belajar pelbagai bvahasa terutama bahasa ganu. Sangat seronok okayy. Tapi takdelah sampai bercita-cita nak kawin dengan orang belah sana kan. Susah pulak nak balik kampung. Ngehh :3 Cuma seronok sebab kita dapat belajar banyak perkara, banyak bahasa. Tapi aku masih lagi lone ranger :3 kawan dengan semua orang tapi bukanlah kawan baik. Sebab aku nie memang memilih sikit bab kawan. Bhahahaha. Bahana dari form 1 kan. Dah biasa sorang. Tapi takpe, belajar berdiri atas kaki sendiri. Sampai bila nak bergantung harap dgn orang kan? Lagipun, aku masih ada Allah :) Thats all from me. Moga berjumpa lagi. Moga aku rajin untuk menulis setiap minggu. Blog p[on dah jadi entah apa-apa sebab dah lama sangat tinggal. Nak kena edit lagi. Okayyy tu bab yang paling paling paling malas sekali >.< Doakan aku juygak supaya kuat dalam menghadapi segala ujian yang dugaan yang Allah berikan. Moga aku jugak kuat dalam menghadapi perangai-perangai kerek lelaki kat sini. Adehhh. Bab kata Ustazah, musibah kabirah :3 K gurau. See you soon. Assalamualaikum ^^ Forth Event : Gua Tempurung Assalamualaikum dan selamat petang :) Sabtu lepas, 15 Mac 2014 dengan selamatnya aku telah menyertai program Belia 1996 Perak, di mana bukan sahaja belia Perak , tetapi dari Perlis, Kedah, dan lain-lain pun ada jugak yg turut serta. Sebenarnya aku memang dah lama nak join event sebelum-sebelum ni, tapi takda kesempatan :( Dan aku pun tak tahu kenapa semangat sangat aku nak join program nie T.T Haha. Tapi honestly tak menyesal langsung and I hope there's always chances for me to get involve with Belia Perak :) This forth event was held at Gua Tempurung, disertai lebih dari 70 orang (I guess). Bas disediakan dari Lenggong-Kuala Kangsar-Amanjaya. Yg lain ada yg ride motor sendiri, konvoi, naik kereta.. Buat aku yg ada lesen L ni cuma mmpu guna public transport T.T Wakakaka :v Disebabkan aku enggan berseorangan maka aku telah mengheret Fatini utk menemani aku . Sorry sayang. HAHA XD
Orang-orang sebalik tabir. Yg menggempakkan event :')
Time tunggu before masuk Gua Tempurung
Kami sampai sana dlm lebih kurang pukul 10 lebih sikit. Tunggu konvoi mai, berkumpul. Pakai pelekat dgn riben , dengar taklimat baru masuk. Overall aku okay je sbb pernah masuk smpai stage 2. Tapi lepas tu, semputt sikit. Kaki terketar2. Haha. Aku ada asma sebenarnya tapi tahap tak kritikal. Wakakaka, sorry Aimy. Tak sengaja tak bagitau. Aku nak masukkk :( See aku sihat jea. Hehehe. Sebenarnya terketar2 sebab tak buat warm up kan -_- huhu. Aku dah la bukan kaki exercise >.< Sepanjang kat dlm tu, kami diberi penerangan oleh guider kami yg bernama Abang Rayyan. Tapi sebenarnya aku taklah dengar pun sbb Abg Rayyan guide budak sekolah dkt depan tu. So kitaorg lebih banyak tadabbur alam sndiri dr dengar penerangan Abg Rayyan. Haha. Hebat tak kami ? :p
Geng memanah super duper handal.
Apa-apapun program ni mmg superb ! Aku kenal ramai kawan baru, yg baik-baik, yg comel-comel, yg nakal, yg suka mengusik, yg pendiam, yg gila-gila. HAHA.Semua ada, pilihlah mana yg berkenan :3 Yang paling penting........... (biar aku sorang sahaja yg tau) Bila balik rasa berat hati. Hahaha. Rasa mcm nk tido kat Gua Tempurung, buat campfire. Maybe Aimy boleh pertimbangkan idea aku dokk? :3 Apa-apapun aku sayang group perak, sayang batch aku :) Moga Allah bagi result yg terbaik utk kita semua, dan mudahkan urusan kita di dunia dan akhirat . Aminn :)
I dont know why I love this pic so much :')
This is my lovely Aimy <3
#Pray4MH370 #Pray4OurResults #Pray4Abrar Thats all from me :) Buat Mereka Yang Berminat dengan STAM Bismillahirrahmanirrahim :) Assalamualaikum ^^ Lama tak update. Aku baru habis exam hari ni, alhamdullillah. Tapi result dia memang confirm teruk lah kan. Sebab jenis aku, suka study last-last minit. So memang buat kerja last minute ni, hafal punya beria, masuk dewan.. Pupp ! Semua lupa. Melayang entah ke mana. HAHA XD So lepas ni kena ambik pengajaran hafal dan buat nota dari awal. Masih tak terlewat lagi :D Bak kata Ustaz Zol, rasib pun takpa. Janji STAM betui punya MUMTAZ ! Okay see that. Nilah buku-buku aku sebagai seorang pelajar STAM yg offical. Buku paling atas tu aku punya. Ekeke :D Takut tak tengok? Belah kiri semua tebal-tebal. Time first time tu rasa macam.. mak oii. banyaknyaaaaa. Tapi the truth is buku tebal-tebal tulah yg paling sikit korang kena baca. Believe it or not? you must believe it. Contohnya, Nahu ada dua buku tebal. Juzu' Awal dan Juzu' Sani. Cuba tengok buku bahagian atas belah kiri wrna oren dgn kelabu tu. Tak jelas? Meh sini nak zoom. Haaaa see? Tebal tak? Ekekeke. Tapi tahukah anda yg bukan semua tajuk yg kita belajar? Sebenarnya tajuk dia sikit je smpai bila dikumpul2kan ia akan jadi senipis ini :
Ni buku recycle. Abaikan segala tompok-tompok yg ada T.T
Believe it or not, you must believe it :3 Manakala buku yg nipis-nipis macam Ulum Quran, Mustolah Hadis, Tauhid serta lain-lain tu adalah buku yang nipis tapi sebenarnya berlonggok-longgok yg kena hafal. Kalau Tauhid tu, dgn dalilnya sekali kena menghafal. So paham-paham sendirilah waktu STAM bukanlah waktu yg berjimba-jimba dan bersenang lenang T.T kena usaha dari awal. Tambah-tambah dengan surah pilihan tu : Saba', Fatir, Luqman dgn Sajadah. Itu wajiblah korang hafal sebelum trial. Tu tak masuk dengan kerja kursus Balaghah dan Adab Nusus T.T Tapi sebenarnya kitaorang tak banyak guna buku teks, lebih banyak guna nota ringkas yg mudah, tepat dan padat! Senang sikit nak bawak pegi mana-mana hatta dalam kereta sekalipun :3 Buku-buku teks itu semuanya PROPAGANDA :D Kalau sekolah tu tak guna nota, maka carilah inisiatif utk cari nota sekolah lain dan sebagainya. Tapi nota sendiri pun lebih penting ! ^^ Subjek STAM yg anda harus tahu : 1. Nahu wa Sorof 2. Insya' wa Mutholaah 3. Adab Nusus 4. Arud Qofiyah 5. Feqah wa Miros 6. Balaghah 7. Hadis wa Mustolah 8. Tafsir wa Ulum Quran 9. Tauhid wa Mantiq 10. Hifz Quran wa Tajwid Ini adalah gabungan paper time periksa. Tapi sebenarnya ia adalah subjek yg berbeza. Jangan terpedaya ! Contoh , Feqah subjek lain, miros pula subjek ilmu faraid namun digabungkan dlm satu paper. Contoh lain, Adab = Sastera arab manakala Nusus = Syair arab. Haa macam tulah.Faham? :D Hehehe. Walaubagaimanapun, Sesiapa yang cadang untuk mengambil STAM, teruskanlah niat anda itu. STAM tak susah mana pun, yg penting kalau kita betul-betul nak ambik, kita kena usaha betul2. Tu sahaja. Siapa yg berusaha, dia akan berjaya! :D Siapa yg ambik STAM di MATRI, beruntunglah anda kerana mempunyai banyak masa untuk menghafal :3 Thats all from me. Jumpa di lain hari dan doakan aku utk STAM tahun ni ^^ #Mumtaz4Ummah
Motif? Suka-suka XD
Kbye ! |