Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • KAHFI Zon Utara 2015
  • Farewell Party TTL2
  • Short Post
  • To Kuala Pilah
  • Manusia dan Ujian
  • Update of My Life 2
  • Update of My Life
  • Kerana Ed 1
  • Gadis Itu
  • Tanggungjawab

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    KAHFI Zon Utara 2015

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Terpanggil untuk jenguk blog yang sekian lama tidak diupdate. Nak kata busy sangat 24 jam tu takdelah, tapi apakan daya, hasutan syaitan tu kuat sangat T.T tapi hari nie Allah izin, dapat kekuatan untuk update. Alhamdulillah.

    Dah dua tahun tak pergi kem. Sangat teruja bila dapat panggilan daripada Farhatun Najwa untuk jadi fasilitator kem KAHFI. Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi untuk ikut program. Rasa bertuah, sebab dalam banyak-banyak orang, Allah pilih kita untuk bantu jemaah. Untuk buat sesuatu yg bermanfaat untuk masyarakat, remaja pada zaman kini.

    Datang hari Isnin, Kak Ayuni datang ambik. Semangat datang awal sebab ade ToT hari Selasa. Terima kasih Kak Ayuni yang berbaik hati tolong tumpangkan rumah beliau. MashaAllah, sangat teruja melihat kesungguhan beliau dalam kerja dakwah. Mungkin satu hari nanti boleh contohi Kak Ayuni, inshaAllah :) Dan alhamdulillah, meeting berjalan dengan lancar walaupun masih blur-blur. Sebab dah lama tak pergi kem. Tapi dalam hati dah bertekad, I'm gonna do something useful with these kids ^_^

    Hari first. Secara jujurnya, in the beginning, rasa semangat tengok adik-adik datang. Tapi bila program ice breaking and team building tu, rasa frust sikit. Sebab adik-adik nampak tak bersemangat. Mungkin salah kami jugak sebab tak reti nak conduct program and ambik hati adik2. Takpe, kami pujuk hati. Allah akan bagi something nanti. I'm not give up. Ini baru permulaan.




    Thanks to Kak Maya yang sudi brainwash adik-adik. Kak Maya selitkan sirah, tentang serikandi Islam. And alhamdulillah, nampak improvement untuk sesi leadership game. Dah mula nampak kerjasama antara ahli kumpulan walaupun gap itu masih ada. Tapi, at least ada improvement kan? Kita manusia biasa jugak, ada kelemahan dan kepincangan. Dan itulah guna sahabat, untuk kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

    Malam tu, ada sesi ceramah. Seronok tengok adik-adik fokus, catat setiap point penting dalam ceramah tu. Deep in my heart, I hope that all of you will remember the wisdom words. I do feel that adik2 semua adalah insan yang sangat bertuah sebab mampu mendengar mutiara2 kata yang tak semua remaja tahu. Seiring dengan tema kem Kahfi kali ni, 'Remaja Bertaqwa, Permata Ummah.' Sungguh, kalian adalah permata yang sangat berharga yang perlu dijaga :')

    The next day, hari yang sangat mencabar dan memenatkan.

    Start with jungle trekking. Kemudian sembelih ayam, kena masak sendiri pulak. Malam tu night walk. Gila kalau tak penat. Sbb diri sendiri pun gila punya exhausted sampai rasa macam dpt tido 10 minit pun dah heaven gilaaa. Tugas fasi nie berat, kena bersama dengan adik-adik setiap slot, kena selami hati adik-adik. Sentiasa senyum. Jaga korang kalau sakit, dengar setiap rintihan korang even pasal nyamuk sekalipun. Dan lain-lain. Hahaha :') Tapi alhamdulillah, ini semua pengalaman yang tak dapat dilupakan. Wallah, adik-adik adalah kenangan yang terindah.







    And hari yang last.

    Hari yang paling rasa berat. Kalau boleh taknak berpisah dengan adik-adik sebab sayang sangat. I cannot express my feeling on that time. Maaf kalau ada yang tak sempat salam time last program tu, sebab takut nangis T.T But I do cry on that time bila peluk dengan Najwa, and peserta lain semua macam.. "Ehh kak Fa janganlah nangis!" Hahahaha. Sorry girls, akak fesi mu ini memang kuat nangis orangnya. And I do hate perpisahan. Tapi apa-apapun, setiap pertemuan tu ada perpisahannya. Itu yang pasti.

    I'm so touched when I hug several of the girls yang menangis dalam dakapan. Wuuuu. Rasa macam taknak lepaskan korang T.T Even tiga hari je dapat bersama, I can feel the miracle of ukhuwah. Rasa sayang sangat dekat adik-adik. Mungkin perasaan ni overdose sbb takde adik. Hahaha. Tapi nie sumpah tak tipu, I do love all of you. So much.

    Apa-apapun alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. A big appreciation untuk semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang banyak tolong dan bantu kami, barisan urusetia yang banyak berjasa di sebalik tabir, yang bersengkang mata tak tidur semata-mata untuk pastikan program berjalan dengan lancar. Tidak lupa kem kom, timbalan kem kom dan fasilitator lain yang sangat membantu hamba yg dhaif ini. And last but not least, adik-adik kem yang sangat comel, manja ceria yang bakal menggegarkan dunia satu hari nanti dgn izin Allah :)

    InshaAllah, ada masa dan peluang kita jumpa lagi. Kalau tak, kita jumpa di syurga nanti okay :)

    Sayang semua.

    gtg, Assalamualaikum.