Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Coming Back
  • 10 Things
  • Penat tapi BERMAKNA !
  • Off to camping ~
  • Perkataan Lazim Si Kaum Hawa
  • Planning Cuti Sekolah
  • Wordless Thursday
  • Jika Tersepit Antara Pilihan
  • Debaran 14 November 2011
  • Buat Candidate SPM

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Tentang Cinta

    Assalamualaikum readers ^^

    CINTA . Apa itu cinta ? Cinta itu satu perasaan yg sangat halus; dimana kita terasa ingin menyayangi dan disayangi, ingin mencintai dan dicintai. Cinta itu fitrah di mana semua orang akan merasai nya. tapi, jangan jadikan fitrah itu sebagai fitnah, tapi jadikan lah ia sesuatu yang barakah ^^ Bak kata pujangga, "Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri, dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah ... "




    Sebenarnya, aku tengah baca buku Tentang Cinta hasil nukilan terbaik dari Pahrol Mohd Juoi. Dulu, aku ada satu buku ni. Aku jumpa kat bilik Abang Ie. Lepas aku khatam baca, aku bagi dekat seseorang ni. tak tahu lah dia dah habis baca ke belum kan . Tapi rasanya belum ^^ Nak dijadikan cerita, aku terjumpa balik buku Tentang Cinta ni time mengemas rumah secara besar-besaran beberapa hari yang lepas. tapi bukan yg original, tp yg fotostat punya. Takpelah, janji isi dalam buku tu masih sama dan bermanfaat, insya-Allah :)

    Actually, buku ni memang sesuai untuk remaja mcm aku dan macam korang nie. Sebab pengisian nya banyak yang menyedarkan aku dari kehanyutan cinta yang dikejar oleh remaja sekarang. Aku sangat tertarik dengan analogi2 yang diceritakan oleh penulis dalam buku ni. Ala-ala mcm versi Kak Fatimah Syarha jugaklah time dia bg ceramah kat kitaorg. Beliau tidak menyalahkan remaja yang bercinta , tapi biarlah berpada2. Sama jugak macam garam dan gula. Kita boleh untuk menggunakannya dalam masakan seharian kita. tapi janganlah terlebih pula. Ya, begitulah cinta ^^

    Dalam Bab 1 yang bertajuk "Titanic yang Tenggelam", Pahrol Mohd Juoi ada mengatakan; Semua tulisan tentang cinta dengan mudah dapat difahami oleh orang yang pernah mengalaminya. Adakah anda pernah mengalaminya? Seriously, aku pernah mengalaminya. #pengakuanberanimati. Dan aku masih menyukai si dia sehingga sekarang. Cuma alhamdulillah, sekarang ni, tambah2 lepas pergi program PESONA anjuran Haluanita tu aku dah dapat berfikir secara rasional. fokus utama, tentunya ingin mencari cinta Allah dahulu :)

    Ya, memang buku ni dah agak lama. tapi tak salahkan kalau kita membacanya kembali? Meng-refresh kan balik diri kita untuk mengetahui tentang cinta. Setakat ni aku baru habis baca 1 bab. Sebab aku berhasrat nak baca dan mengamalkan. Ya, doakan. Saya ingin berubah menjadi solehah dan muslehah ;) Aku sarankan untuk remaja, simpanlah duit sikit untuk beli buku nie. Buat ibubapa, saudara mara, x salah kalau kita hadiahkan buku buat anak-anak, sepupu sepapat dan sebagainya. Sebab ilmu yang bermanfaat tu dapat menolong kita apabila kita sudah tiada di muka bumi ini , insya-Allah :)


    hasil ehsan abg google.

    "CINTA kalau bahasanya HATI, itulah CINTA HAKIKI..
    KASIH jika dasarnya RABBI, itulah KASIH SEJATI...
    CINTA itu pasti DIUJI, kerana itu sudah TRADISI JANJI..."

    Wallahu'alam, kalau aku rajin aku post pasal Pesona :)

    Labels: