Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Kisah Semalam
  • Hangout : Penang
  • Tinggal Kenangan
  • Kuala Lumpur
  • Regret .
  • Davids Diner and Us
  • Hangout before sekolah againn
  • After A Long Rest
  • Balqis Azra 1
  • Tuition, Tuition and Tuition

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Buat Mereka Yang Berminat dengan STAM

    Bismillahirrahmanirrahim :)

    Assalamualaikum ^^

    Lama tak update. Aku baru habis exam hari ni, alhamdullillah. Tapi result dia memang confirm teruk lah kan. Sebab jenis aku, suka study last-last minit. So memang buat kerja last minute ni, hafal punya beria, masuk dewan.. Pupp ! Semua lupa. Melayang entah ke mana. HAHA XD So lepas ni kena ambik pengajaran hafal dan buat nota dari awal. Masih tak terlewat lagi :D Bak kata Ustaz Zol, rasib pun takpa. Janji STAM betui punya MUMTAZ !






    Okay see that. Nilah buku-buku aku sebagai seorang pelajar STAM yg offical. Buku paling atas tu aku punya. Ekeke :D Takut tak tengok? Belah kiri semua tebal-tebal. Time first time tu rasa macam.. mak oii. banyaknyaaaaa. Tapi the truth is buku tebal-tebal tulah yg paling sikit korang kena baca.  Believe it or not? you must believe it.

    Contohnya, Nahu ada dua buku tebal. Juzu' Awal dan Juzu' Sani. Cuba tengok buku bahagian atas belah kiri wrna oren dgn kelabu tu. Tak jelas? Meh sini nak zoom.




    Haaaa see? Tebal tak? Ekekeke. Tapi tahukah anda yg bukan semua tajuk yg kita belajar? Sebenarnya tajuk dia sikit je smpai bila dikumpul2kan ia akan jadi senipis ini :


     Ni buku recycle. Abaikan segala tompok-tompok yg ada T.T


    Believe it or not, you must believe it :3

    Manakala buku yg nipis-nipis macam Ulum Quran, Mustolah Hadis, Tauhid serta lain-lain tu adalah buku yang nipis tapi sebenarnya berlonggok-longgok yg kena hafal. Kalau Tauhid tu, dgn dalilnya sekali kena menghafal. So paham-paham sendirilah waktu STAM bukanlah waktu yg berjimba-jimba dan bersenang lenang T.T kena usaha dari awal. Tambah-tambah dengan surah pilihan tu : Saba', Fatir, Luqman dgn Sajadah. Itu wajiblah korang hafal sebelum trial.

    Tu tak masuk dengan kerja kursus Balaghah dan Adab Nusus T.T

    Tapi sebenarnya kitaorang tak banyak guna buku teks, lebih banyak guna nota ringkas yg mudah, tepat dan padat! Senang sikit nak bawak pegi mana-mana hatta dalam kereta sekalipun :3 Buku-buku teks itu semuanya PROPAGANDA :D Kalau sekolah tu tak guna nota, maka carilah inisiatif utk cari nota sekolah lain dan sebagainya.

    Tapi nota sendiri pun lebih penting ! ^^

    Subjek STAM yg anda harus tahu :

    1. Nahu wa Sorof
    2. Insya' wa Mutholaah
    3. Adab Nusus
    4. Arud Qofiyah
    5. Feqah wa Miros
    6. Balaghah
    7. Hadis wa Mustolah
    8. Tafsir wa Ulum Quran
    9. Tauhid wa Mantiq
    10. Hifz Quran wa Tajwid

    Ini adalah gabungan paper time periksa. Tapi sebenarnya ia adalah subjek yg berbeza. Jangan terpedaya ! Contoh , Feqah subjek lain, miros pula subjek ilmu faraid namun digabungkan dlm satu paper. Contoh lain, Adab = Sastera arab manakala Nusus = Syair arab. Haa macam tulah.Faham? :D Hehehe.

    Walaubagaimanapun,

    Sesiapa yang cadang untuk mengambil STAM, teruskanlah niat anda itu. STAM tak susah mana pun, yg penting kalau kita betul-betul nak ambik, kita kena usaha betul2. Tu sahaja. Siapa yg berusaha, dia akan berjaya! :D Siapa yg ambik STAM di MATRI, beruntunglah anda kerana mempunyai banyak masa untuk menghafal :3

    Thats all from me. Jumpa di lain hari dan doakan aku utk STAM tahun ni ^^

    #Mumtaz4Ummah


     Motif? Suka-suka XD

    Kbye !