Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • KAHFI Zon Utara 2015
  • Farewell Party TTL2
  • Short Post
  • To Kuala Pilah
  • Manusia dan Ujian
  • Update of My Life 2
  • Update of My Life
  • Kerana Ed 1
  • Gadis Itu
  • Tanggungjawab

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Sekadar Pekongsian :)

    Assalamualaikum readers :)

    Aku baru balik daripada kuliah agama kat Masjid Sultan Azlan Shah. Tapi, msjid ni byk nama sbnrnya (maybe sbb nama dye pnjg sgt kott) ada org panggil Masjid Jalan Diary sbb dia berada di jalan diary. Ada org panggil masjid biru sbb kubah dye warna biru. Ada org panggil masjid poli sebab dekat dgn Politeknik Ungku Omar. And so onn lah kan. Haha, kreatif btul penduduk ipoh ni :)

    Okayy, aku bukan nk cerita pasal masjid sbnrnya. Aku nk cerita pasal apa yg aku blaja kat kuliah agama td. Huh, penuh dewan td. Terutama para muslimah. Smpai aku pun kene tarik kerusi drpd tmpt muslimin. Heee. Tapi kebanyakannya sume makcik2 and pakcik2 lah kan. Aku ni kira muda belia lagi. Haha. Tapi x salah pun, datang nk menuntut ilmu, bukan buat kacau. Lagipun mmg azam aku nk ikut mak abah pegi kelas mengaji walau mcm mana malas sekalipun. Maklum lah, dulu ada tarbiyah kat matri. Bila x skolah matri kne lah cri ilmu kat tmpt lain pulak. Betul x ?

    Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971)

    sekadar huraian sedikit drpd aku yg aku paham :)

     BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG
     #Khas untuk perempuan lah kan. Sekarang ni banyak perempuan yang suka pakai baju yang nipis, ketat ataupun transparent. Hah, ini sangatlah tidak boleh sbb ianya sama je mcm x pakai apa2. Yelahh, kita pakai baju untuk cover badan kita. If pakai baju tapi tetap nampak badan kita, apa guna kan? Baik x payah pakai baju. 
    Contohnya macam nilah . Katakan aku ada lollipop. Satu yang masih berbungkus elok, satu lagi sudah terbuka bungkusan nya. So which one do you prefer? Mestilah lollipop yang berbungkus elok sbb kita yakin ianya masih suci. Kalau jatuh ke ape ke, ianya masih terpelihara. Samalah mcm aurat kita. Kalau kita show off kat org, bnda tu dah jd mcm "x bersih" sbb sepatutnya aurat kita ni juz boleh dkt suami kita sahaja or yg mahram kita. 

    BERLENGGANG LENGGOK KETIKA BERJALAN
    #What is this? Perlukah berjalan mcm catwalk ? Cukuplah sekadar jalan seperti biasa. Tak perlulah nk cover sangat kan. Kadang2 kalau terlebih pun orang tgk menyampah je. Lagipun tak elok, btul x ?

    KEPALA BAGAIKAN BONGGOL UNTA YANG SENGET
    #Hah. Ini selalu sangat berlaku sekarang ni. Di mana para perempuan memakai tdung tapi buat sanggul tinggi2. Lawa ke ? Pada aku tak lawa pun, nmpak pelik dan mencacatkan sahaja. Yelah, dah elok2 pkai tudung kan, tiba2 ada "bonggol" pulak. Mcm saja nk show off bhw rmbut dye pnjg ataupun sbnrnya x pnjg pun. Nak menarik perhatian org. Kebanyakan kawan2 lelaki aku pun ckp durg x suka dgn perempuan2 yg snggul tinggi2. Make it normal cukupla ye girls. Lagi nmpk manis :)

    Kesimpulannya, kalau buat benda2 ni, confirm mmg x msuk syurga. Even nk bau harum syurga pun x dpt, padahal syurga tu bau wangi nya, sejauh2 perjalanan dh boleh bau dah. Sbg seorg muslimah, kne lah buat transformasi diri kan. Ni khas untuk aku jugak. Kadang2 mmg saja nk tarik perhatian org tgk kita. Ishh3, teruk betul. Sama2 berubah ke arah kebaikan okayy :)

    p/s: minggu ni ada family trip dkt langkawi. ada sape2 nk pesan coklat ? :D

    Labels: , ,


    Mistakes.


    Bismillahirrahmanirrahim.

    كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
    Setiap manusia pasti banyak berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang sering bertaubat” (HR. Tirmidzi no.2687. At Tirmidzi berkata: “Hadits ini gharib”. Di-hasan-kan Al Albani dalam Al Jami Ash Shaghir, 291/18)

    tiba2, tergerak hati nak buat post ni walaupun dah Maghrib. Aku buat entry ni sbb terbaca status FB seorg sahabat yg aku sayang, mengatakan bhw dia sudah membuat dosa yang sangat besar. Aku cuma boleh melihat sahaja tnpa mengomen apa2 sbb aku tahu dia sdg sibuk membuat persediaan untuk SPM yg akan datang. Jadi, aku hanya boleh mencoretkan hadis ini di dinding blog aku.

    Semua manusia membuat kesilapan.Semua manusia tak terlepas daripada dosa. Mana ada manusia yang maksum kan? Nama manusia sndiri pun berasal drpd perkatan nasiya yg bermaksud lupa. Kenapa Allah ciptakan kita tidak sempurna? Supaya kita boleh menggantungkan pengharapan diri kita cuma pada Allah kerana Dia sahaja Yang Maha Sempurna. Cuba bayangkan kalau manusia tu sempurna. Err, boleh bayangkan ke? Huhuhu.

    Bagi pendapat aku, apabila kita sudah membuat satu perkara yg mmg kita tahu berdosa, maka bertaubatlah. Tapi kebanyakannya, berlainan. Contoh? Sekiranya dia sudah terlanjur @ berzina, dia merasakan bahawa Allah tidak mungkin akan mengampunkan dosanya. Jadi, dia teruskan dgn perbuatan maksiat itu kerana menyangka dirinya sudah terlalu "kotor" maka tidak layak untuk bertaubat. Inilah orang zaman sekarang yang terlalu cetek ilmu agamanya, tidak mengenali sifat2 Allah dgn lebih mendalam. Inilah yang patut kita ubah dalam diri kita setelah kita menyedarinya.

    Salahkah untuk kita mengenangkan kembali dosa2 kita?

    Aku pernah membaca sebuah buku ( tak ingat tajuk dan penulisnya) . Katanya, kalau kita mengenang dosa2 lalu dan kita rasa 'down' atau lemah dan perkara itu menyakitkan hati kita, maka x perlulah kita kenang. Ianya sama macam, perlukah kita campak kan diri kita ke dalam gaung, sedangkan kita tahu itu akan membuatkan kita rasa sakit atau mati? Sama jugak macam kita igt dosa2 lalu kita. Perlukah kita menyakitkan hati sendiri? padahal itu hanya memakan diri kita sendiri. Betul tak ?

    Tapi x salah sekiranya kita mengenang dosa2 kita utk memuhasabahkan diri . Supaya kita tidak membuat dosa itu lagi. Biar menjadi pembakar semangat utk kita berubah ke arah yang lebih baik. Bukannya menjadi penyebab kita untuk terus hidup di dalam lembah kehinaan. Cukuplah perkara lalu itu menyedarkan kita. Itu sahaja. Biar ianya menjadi pengajaran untuk kita.

    Kata seorang ustaz, tidak perlulah kita mengeluh atas musibah yg datang menimpa. kerana sesungguhnya ia memang tertulis untuk kita di Lauh Mahfuz ! Bersangka baiklah dengan Allah. Setiap perkara yang terjadi Allah dah tetapkan untuk kita. Even perkara yang aku taip ni pun Allah memang dah tetapkan yang aku akan berbuat sebegini. Setiap perkara tu pasti ada hikmahnya, percayalah pada Dia.

    Berdoalah .

    Yakin lah pada Allah, gantungkan pengharapan kepada Dia. Sebab Dia sahaja yang boleh memakbulkan doa kita. Cuma bezanya, masa. Sama ada Allah akan memakbulkan ketika anda memintanya jugak, ataupun lambat sedikit, ataupun ketika di akhirat nnti. Contohnya, ada seorg kenalan ustaz aku, dia berdoa di Makkah agar mendapat pengganti isterinya yang baru sahaja meninggal . Dan Allah mengabulkan doanya! ketika itu juga dia berjumpa dengan seorg perempuan solehah yang kebetulan satu rombongan dgn dia.
    Dan ada juga kisah, seorang ibu yang mendoakan anak nya yang memang nakal untuk menjadi anak nya yang soleh. Allah mengabulkan doanya, cuma ketika si ibu sudah meninggal dunia. Maka ketika itu anaknya berubah menjadi seorang anak yg sangat soleh bahkan menjadi imam yang 'alim.

    Hebatkan ? Jadi, janganlah kita berputus asa. Selagi matahari belum terbit dr barat, pintu taubat masih lagi terbuka luas untuk kita, hambaNya. 


    Renung2kan lah .

    Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

    (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi) 

    p/s : Maaf, sebenarnya aku tidaklah layak untuk memberi nasihat, cuma ini peringatan untuk dia, kamu dan diri aku sendiri .

    Labels:


    Good night.

    Sebenarnya aku dah off pc tadi, tapi tetiba berhasrat nk onn blek sebelum aku kemas bilik + basuh baju. Rasa keinginan membuak2 nk dgar lagu Mengemis Kasih by Raihan. Malam ni sayu, aku un tak tau kenapa. Rasa mcm dah lama x muhasabah diri, kn ? sibuk sangat dgn duniawi, smpai ukhrawi pun tak terjaga. Tulah manusia, sllu lupa dan alpa dgn nikmat yg Allah bagi.

    "Tuhan, dosaku menggunung tinggi,
    Tapi rahmatMu melangit luas.."

    Everybody make mistakes tak terkecuali aku. Sejak masuk form 3 ni, terasa sangat yg aku byk ikut nafsu. iskk iskk iskk. blaja pun mcm nak tak nak je. keje nk enjoy je. huhu. dulu time f1 sllu nanges, tp thun ni jarang sangat. klu nges pun bkn sbb takut dosa, tapi lebih kpd x larat nk menanggung masalah. hmmm, semalam time aku kms2 fail, aku terjumpa surat yg Ustazah Khairol bg. Surat tu adlh blsn Ustazah ble aku mintak nasihat dye awal thun ni. Dan setiap kali aku bce surat tu lah aku akn menangis. ustazah mmg pndai menyentuh hati anak2 muridnya. Ya Allah, lindungilah dia.

    Sebenarnya, aku amat mengharapkan keampunan Allah terhadap dosa2 yang aku lakukan.
    Aku amat mengharapkan rahmat dan berkatnya dalam kehidupanku.
    Aku benar2 ingin menjadi seorang hamba yang mentaati suruhanNya,
    seorang anak yang solehah,
    seorang wanita yg terpelihara.

    Lately ni banyak dengar berita pasal budak skolah menengah dah hamil. Aku takut sangat kalau aku akan terjebak dgn benda2 mcm ni. So mulai hari ni, aku nak buat satu perubahan. Aku nak jadi solehah. Aku nak jadi wanita terpelihara. Aku nk didik diri aku,

    Sama2 melakukan perubahan ke arah kebaikan. Moga Allah redha :')

    Sebaik2 org yg berbuat dosa itu adlh org yg bertaubat :)

    Labels:


    Wisdom Words

     
    Allah Ar-Rahman
    I said 2 You: My sins are so many
    You said: 'And who can forgive sins except Allaah?' (3:135)

    I said 2 You: Do not leave me
    You said: 'So remember Me; I will remember you...' (2:152)

    I said 2 You: I'm facing a lot of difficulties in life
    You said: 'And whoever fears Allaah ? He will make for him a way out' (65:2)

    I said 2 You: I have many dreams that I want to come true
    You said: 'Call upon Me; I will respond to you.' (40:60)
     Allah itu baik sangat ,
    Mengapa kita selalu lupa?

    Labels:


    Aku Cinta Allah



    Andaikan diriku bisa
    Seperti yang lain
    Yang Kau sayang
    Yang Kau rindukan
    Yang Kau cintai

    Aku lemah tanpaMu aku lelah
    Aku sungguh tak berdaya
    Tolongku
    Tolongku
    Yaa Allah

    Setiap air mataku mengalir
    Allah aku lemah dan tak berarti
    Setiap derai tangis membasahi
    Allah jangan tinggalkan aku lagi

    Aku sayang Allah
    Aku rindu Allah
    Aku Cinta Allah

    Labels: ,