Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Wordless Thursday
  • Good night.
  • Hari Cuti
  • Seminar Again
  • Its all about..
  • Quotes
  • Wisdom Words
  • Aku Cinta Allah
  • Ulser
  • QUARTET

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Mistakes.


    Bismillahirrahmanirrahim.

    كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
    Setiap manusia pasti banyak berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang sering bertaubat” (HR. Tirmidzi no.2687. At Tirmidzi berkata: “Hadits ini gharib”. Di-hasan-kan Al Albani dalam Al Jami Ash Shaghir, 291/18)

    tiba2, tergerak hati nak buat post ni walaupun dah Maghrib. Aku buat entry ni sbb terbaca status FB seorg sahabat yg aku sayang, mengatakan bhw dia sudah membuat dosa yang sangat besar. Aku cuma boleh melihat sahaja tnpa mengomen apa2 sbb aku tahu dia sdg sibuk membuat persediaan untuk SPM yg akan datang. Jadi, aku hanya boleh mencoretkan hadis ini di dinding blog aku.

    Semua manusia membuat kesilapan.Semua manusia tak terlepas daripada dosa. Mana ada manusia yang maksum kan? Nama manusia sndiri pun berasal drpd perkatan nasiya yg bermaksud lupa. Kenapa Allah ciptakan kita tidak sempurna? Supaya kita boleh menggantungkan pengharapan diri kita cuma pada Allah kerana Dia sahaja Yang Maha Sempurna. Cuba bayangkan kalau manusia tu sempurna. Err, boleh bayangkan ke? Huhuhu.

    Bagi pendapat aku, apabila kita sudah membuat satu perkara yg mmg kita tahu berdosa, maka bertaubatlah. Tapi kebanyakannya, berlainan. Contoh? Sekiranya dia sudah terlanjur @ berzina, dia merasakan bahawa Allah tidak mungkin akan mengampunkan dosanya. Jadi, dia teruskan dgn perbuatan maksiat itu kerana menyangka dirinya sudah terlalu "kotor" maka tidak layak untuk bertaubat. Inilah orang zaman sekarang yang terlalu cetek ilmu agamanya, tidak mengenali sifat2 Allah dgn lebih mendalam. Inilah yang patut kita ubah dalam diri kita setelah kita menyedarinya.

    Salahkah untuk kita mengenangkan kembali dosa2 kita?

    Aku pernah membaca sebuah buku ( tak ingat tajuk dan penulisnya) . Katanya, kalau kita mengenang dosa2 lalu dan kita rasa 'down' atau lemah dan perkara itu menyakitkan hati kita, maka x perlulah kita kenang. Ianya sama macam, perlukah kita campak kan diri kita ke dalam gaung, sedangkan kita tahu itu akan membuatkan kita rasa sakit atau mati? Sama jugak macam kita igt dosa2 lalu kita. Perlukah kita menyakitkan hati sendiri? padahal itu hanya memakan diri kita sendiri. Betul tak ?

    Tapi x salah sekiranya kita mengenang dosa2 kita utk memuhasabahkan diri . Supaya kita tidak membuat dosa itu lagi. Biar menjadi pembakar semangat utk kita berubah ke arah yang lebih baik. Bukannya menjadi penyebab kita untuk terus hidup di dalam lembah kehinaan. Cukuplah perkara lalu itu menyedarkan kita. Itu sahaja. Biar ianya menjadi pengajaran untuk kita.

    Kata seorang ustaz, tidak perlulah kita mengeluh atas musibah yg datang menimpa. kerana sesungguhnya ia memang tertulis untuk kita di Lauh Mahfuz ! Bersangka baiklah dengan Allah. Setiap perkara yang terjadi Allah dah tetapkan untuk kita. Even perkara yang aku taip ni pun Allah memang dah tetapkan yang aku akan berbuat sebegini. Setiap perkara tu pasti ada hikmahnya, percayalah pada Dia.

    Berdoalah .

    Yakin lah pada Allah, gantungkan pengharapan kepada Dia. Sebab Dia sahaja yang boleh memakbulkan doa kita. Cuma bezanya, masa. Sama ada Allah akan memakbulkan ketika anda memintanya jugak, ataupun lambat sedikit, ataupun ketika di akhirat nnti. Contohnya, ada seorg kenalan ustaz aku, dia berdoa di Makkah agar mendapat pengganti isterinya yang baru sahaja meninggal . Dan Allah mengabulkan doanya! ketika itu juga dia berjumpa dengan seorg perempuan solehah yang kebetulan satu rombongan dgn dia.
    Dan ada juga kisah, seorang ibu yang mendoakan anak nya yang memang nakal untuk menjadi anak nya yang soleh. Allah mengabulkan doanya, cuma ketika si ibu sudah meninggal dunia. Maka ketika itu anaknya berubah menjadi seorang anak yg sangat soleh bahkan menjadi imam yang 'alim.

    Hebatkan ? Jadi, janganlah kita berputus asa. Selagi matahari belum terbit dr barat, pintu taubat masih lagi terbuka luas untuk kita, hambaNya. 


    Renung2kan lah .

    Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

    (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi) 

    p/s : Maaf, sebenarnya aku tidaklah layak untuk memberi nasihat, cuma ini peringatan untuk dia, kamu dan diri aku sendiri .

    Labels: