Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • tolong parents. ape class ?
  • Sekadar Pekongsian :)
  • Tips : Planning
  • Buat Abang Tersayang...
  • Budak-budak tak reti membaca?
  • Mistakes.
  • Wordless Thursday
  • Good night.
  • Hari Cuti
  • Seminar Again

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Part 1 : Langkawi Trip

    Assalamualaikum and welcome :)

    Aku pergi Langkawi hari Sabtu yang lepas. bertolak lepas solat subuh. Besttt >.< dah lama x hirup udara pagi. hua3. suasana pun best je. tambah2 bila bukak tingkap + pasang lagu kuat2, mmg enjoy lah. heeee. okay, syok sendiri :D sampai2 kat kuala perlis , parking kereta. Sehari rm10 jadi 3 hari 30 hinggit. tiket naik feri pulak rm18 untuk orang dewasa. Time tu bru pukul 11 pagi, feri pulak pukul 12. haiyya, banyak penat maa. tapi teruja punya pasal , layan jelah kan . hua3

    pose pertama di hadapan kamera. dalam hati : langkawi, here we come ! muahahaha.

    okayy, aku nasihatkan kalau nk naik feri silalah beli tiket awal2. pastu, bwak barang yg perlu je. sebab nya, x larat nak angkut nak feri. takut barang hiilang 1 pasal. nak bawak pun satu pasal . penat taw. hahak . naik feri tu pulak dalam 1 jam je, x lama pun. tapi buat org2 yg mabuk laut, tolonglah bawak mnyak spare ye. kalau tak pun juz tido je spnjg perjalanan. macam kakak aku. heeee. aku pun nak tido, tp x boleh sbb ade Lisa Surihani berlakon dalam Zoo. HAHA XD




    okayy, sampai2 sane terus naik van yg kitaorg sewa pegi kat homestay tu. Hahhh, murah je kat Langkawi ni. 2 malam + van bru RM480. kalau nk tahu, homestay tu ada 3 bilik, 2 bilik air. Ruang tamu dan bilik tidur utama ada air-cond. Astro siap. dan furniture dye pun best sbb ade cermin besar . HAHA. dapur jgn cakaplah, siap ada beras lg boleh masak nasi. biskut gula. huh, pakej lah kira. washing machine pon ada lah.
    mmg mantap. Tak rugi taw.

     petang tu kitaorg keluar pegi Underwater World. Tiket dye juz RM28 sahaja. Kalau warga emas boleh dapat murah lg. But kalau korg mmg nak murah, peg lah dkt pekan kuah sbb juz Rm26 sahaja :)
    Best gler pegi sana. Sebab, banyak sangat species hidupan laut yg korang x pernah jumpa ada dkt sana. Dan serius, sangat teruja dgn ikan2 tersebut. Macam2 bentuk Allah cipta. Huhh, memang berbaloi2 lah bayar mahal.


    posing comel bersama kakak . HAHA

    ikan ni comel sangat. warna-warni.

    serius benda ni sangat membuat aku teruja.

    ni nama dye kuda laut. macam mainan pun ada.

    posing poyo dgn kakak lagi. heee

    kakak-kakak aku yg poyo. cmne leh ter-upload tah . HAHA

    Kluar2 dr underwater world tu dah dekat nk pukul 7 ptg. Hujan pun dah lama berhenti. So kitaorg pun pegi ambek kak ngah n  abg lan kat airport. Oleh sbb diaorg ni dimport jauh jd kne lah naik airoplane. heee. malam tu pegi makan seafood. Sedap woohh ! restoran tu kat tepi pantai. best je. mmg segar2 lah kan. aku siap boleh meratah ikan lagi. heee. hancus diet aku . lepas makan banyak2, pegi lah jalan banyak2. hoho. pegi kat pekan je, survey utk pakej mangrove. penat tau pegi survey sana. 1 jam lebih gak jalan. tap mahal seyhh . pakej mangrove kat stu rm300 ke atas. Paling murah Rm270. Last2 ambek pakej dalam nternet. Rm250. HAHA, buat penat jalan sajee.

    jadi malam tu pun kami tido dgn penat nya. heeeee.

    bangun pun awal tau, teruja mangrove punya pasal. sampai kat jeti kilim tu tepat2 pukul 9 pg. lepas bayar, terus naik bot. pegi gua kelawar. tapi aku x lah tangkap gmbr kelawar tu. nnti terjaga pulak. masuk sana byr seringgit je ^^






    lepas jalan2 kat gua kelawar tu, kitaorg pegi bg makan ikan pari. best woohhh . pengalaman yg paling menyeronokkan. x boleh byg macam mne tangan aku ada dkt dalam mulut ikan pari tuh . huhh ! nak menjerit rasa. tapi tgk guider kitaorg tu steady je. al-maklum lah, da biasa kan. jd fun pulak. HAHA.

     serius ikan pari ni cute gler.. hoho

    boleh bayang tak tangan korg dalam ikan pari tu ? n then durg sedut makanan dr tangan korg . hua3

    lepas tu tgk ni pulak....


     udang ni bahaya. ade sepit . heee. tapi sodapp ^^

    ni namanya ketam batu . mr. crab okayyy.
    seee. so expensive maa >.<

    kenapa muka aku macam tuhhh ? huhh, sume gara2 si ketam yang telah memeluk erat tangan aku. abang hensem tu kata tu ketam jantan . HAHA. no wonder bila abg lan pegang x jd ape2 . =.=""

     ni muka takut2 berani. muahahaha

    credit to abang sham (orange one) sbb sanggup guide kiteorg . ehh, bju kte sama wrne lah. heee.

    selanjutnya ? tunggu part 2 okayy :)

    Labels: ,