Welcome! Tagboard! Past Credits! Some help: ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ Edited by: Little Faa |
Benarkah Ini Jalan Yang Aku Pilih? Assalamualaikum ;) Ehemmm. Ambil masa yang lama untuk tulis post kali ni. Mungkin rasa bersalah, bersalah untuk mengucapkan segalanya. Walaupun payah, walaupun sedih. Walaupun rasa mcm tak percaya. Tapi aku harus menghadapi semua ini. Ini jalan yang aku pilih untuk tempuhi. Mungkin lebih banyak rintangan, mungkin lebih banyak kesenangan. Tapi aku pegang janji Allah ; "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain) dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap...." As-Syarh, Ayat 5-8 Bismillahhirrahmanirrahim... Berat hati. Tapi aku harus. Harus ucapkan selamat tinggal kepada MATRI tercinta.Keputusan telah ditetapkan. Benarkah ini jalan yang aku pilih? Ya, benar. Inilah jalan yang aku pilih. Walaubagaimana sekalipun aku rindu dan rasa menyesal meninggalkan MATRI, tapi... aku sudah memilih. Memilih untuk tidak duduk di MATRI, namun sekolah ini sentiasa ada dekat dgn ku, dekat di hatiku. Tiga tahun aku di MATRI. Tiga tahun itu mengajar aku banyak perkara. Banyak mengenalkan aku dengan Sang Pencipta. Subhanallah, para Murabbi nya, dalam pembelajaran apapun tetap diselitkan dengan kekuasaan Allah. Kalau bersahabat, pastinya berukhwah kerana Allah. Jika berijtihad di medan peperiksaan,pasti bersungguh2 demi mencapai cintaNya . Ya Allah, walaupun aku belum meninggalkannya, aku rindu.. aku rindu.. Sebak rasa hati, air mata terasa menitis di pipi. Buat sahibah2 yang disayangi, Walaupun jalan kita berbeza, namun hala tuju kita tetap sama. Mardhotillah yang membawa ke Jannah. Teruskan perjuangan kalian di sana, sementara aku menyambung perjuanganku di tempat lain. Bersyukur kerana kalian adalah insan-insan terpilih untuk menghabiskan pengajian di sana. Jangan sia2kan masa yang ada, manfaatkan lah sebaik2nya.. Jangan risau, aku baik2 je dekat sini. Tak masuk SMAH, tak masuk Raja Chulan. Sebab parents aku dah tetapkan aku harus dan wajib sekolah sahabat2 jugak. Jadi aku telah memilih untuk masuk ke Sekolah Menengah Ibnu Khaldun. Baru je daftar tadi, dan aku dipanggil untuk temuduga 7 Januari 2011 ni. Doakan aku tau. Aku sangat2 perlukan doa kalian .. Mula2 rasa mcm taknak jugak. Sebab yuran SMIK berganda dr MATRI. Dalam RM400 camtu. Tu bulanan tau. Tahunan lagi lah banyak. Pastu buku teks pun kena beli sendiri. . HAHA. Aku rasa mungkin habis dalam 2-3 k untuk aku tahun ni. Banyakkan ? Tu sebab nya aku rasa menyesal sikit. Tapi abah pesan, abah suruh aku maintain kan straight A dalam SPM nnti. Insya-Allah, I will do my best. Doakan aku tau. I really need your doa . Thanks for everything. Nanti aku update post baru tentang azam tahun baru aku , uhibbukunna fillah :) |