Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Happy Birthday To Her
  • Tips : Love Long Distance
  • Benarkah Ini Jalan Yang Aku Pilih?
  • Chillin Out at JJ
  • The Presents That Wonderful
  • Cerita Hari Isnin
  • KASEH di Gua Tempurung
  • Tentang Cinta
  • Coming Back
  • 10 Things

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Warkah Buat Blog

    Assalamualaikum and afternoon :)

    Happy Chinese New Year. Dah genap seminggu lah kiranya aku dah jadi budak SMIK. Hahaha, bangga? Biasa je. Smik dan Matri adalah sekolah yang berbeza tapi tetap mencapai matlamatnya yang sama. Nak kata lain sangat pun tak lah. Masih makan dalam talam, masih dapat kawan2 yang Solehah. Hihihi.

    First day aku kat sana, mcm malu2 jugak. Sebenarnya diaorang dah masuk hari Ahad, tapi aku yang daftar hari Isnin. Dah lah pakai baju kurung. Ishh3. Mula2 tu mmg macam takde kawan sangat. Asyik duduk diam2 je sambil tengok orang lain. Sembang pun tak kenal lagi sape. Skema je.

     Tapi bila dah masuk asrama, dah jumpa budak2 asrama baru okayy. Buat masa sekarang dan insya-Allah sampai bila2 aku rapat ngan Solehah dan Syafikah. Actually budak asrama form 4 ada sikit je. Asrama Az-Zahra just ada aku, Solehah, Liyana dengan Fatihah. Dekat asrama lagi satu ada Afina, Pikah dengan Amirah Solehah. So secara totalnya adalah 7 orang sahaja. Yang lain semua duduk rumah.

    Hari2 yang seterusnya berlaku dengan baik. Aku dah mula pakai baju kurung ungu yang sangat cantik tu, dah mula pakai lencana SMIK, dah mula hafal nama budak2 batch aku dan batch orang lain. Errrrr, yang paling tak sangka aku dapat jadi pengawas kat sana merangka Naib Setiausaha Badan Pengawas SMIK. Perghhh, memang mengancam. Aku just mengharapkan aku dapat memikul tanggungjawab ni sebaiknya.

    Aku ambik kelas SMA Bahasa Melayu a.k.a 4 Amanah. Tapi disebabkan aku ambil aliran Sains maka bila ada subjek Bio, Fizik, Kimia aku terpakasa pegi kelas 4 Fathonah. Cuma malangnya, puteri dekat 4 Amanah tu aku sorang je ambik Sains. Yang lain semua budak putera. So memang hampeh sangatlah kan. Haha. Tapi aku tak kisah sangat, Bukannya aku tak ada kawan kelas SMA Bahasa Arab. Kan?

    Walaubagaimanapun aku memang masih merindukan MATRI. Nak datang sana? Tunggulah time sambutan Jubli Perak nanti. Aku nak pegi ambil hadiah merangkap ambil sijil berhenti sekolah dan sijil2 yang berkaitan. Hahaha. Tahun ni SMIK ada Mahrajan juga. So aku pun mesti busy sebab aku dah ambil Kelab Usahawan. Kat sini jugak aku ambik Kelab Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diabaika nk buat sementara waktu. Haha.

    Banyak lagi aku nak cerita, tapi tunggu nantilah. Ni kira okay sebab aku masih ingat nk update blog walaupun kemalasan telah melanda diri ini. Chewahhh. Aku cuti sampai Selasa ni, lama sikit. Hikhik. Tapi nanti 2/2 insya-Allah aku dah gerak balik Ipoh sebab kak long nak kahwin time tu :)