Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Tuition, Tuition and Tuition
  • Preparing For Next Year
  • Kematian - Perkara Yang Tak Boleh Dielakkan
  • It Was A Dream. Or It Supposed To Be A Reality?
  • Back To December
  • Salahkah Menjadi Matang?
  • Entry Bergambar : Lebaran 2012
  • Salam Aidil Fitri
  • Warkah Buat Blog
  • Happy Birthday To Her

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Balqis Azra 1


    Aku memerhati langit cerah yang diserikan dengan tompokan awan biru yang gebu. Pagi Ahad yang cukup tenang, dengan kicauan burung bertebangan yang tidak henti-henti berzikir menyebut nama Pencipta. Ya Allah, indah sungguh ciptaan Engkau! Manusia sendiri tidak mampu membina ciptaan yang cukup sempurna. Semuanya hanyalah milikMu Ya Allah..
    “Aliyah, shoot!” Pekikan dari padang mencuri perhatianku. Rupanya tingkatan tiga dan dua sedang bermain bola jaring. Bersemangat sungguh mereka! Aku jadi kagum seketika. Itulah sahabat-sahabatku, tidak pernah kedekut ilmu untuk berkongsi teknik bermain dengan betul kepada adik-adik. Maka tidak hairanlah mengapa sekolahku selalu menjadi juara ketika sebarang perlawanan diadakan. Aku? Cuma pandai memegang bola. Minatku lebih kepada berbasikal dan bermain badminton. Itu semua berkat usaha gigih abangku juga. Kalau tidak aku rasa sudah lama aku menjadi rakyat Malysia yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat!
    “Balqis, jauh termenung?” Teguran Syaurah membuatkan aku berhenti mengelamun. Sapaan lembut sahabat karibku dibalas dengan senyuman.
    “Saya tengok sahabat-sahabat kita main. Sambil tu tengok ciptaan Allah, saja muhasabah diri pagi-pagi ni.” Balasku. Tiga tahun berada di Sekolah Menengah Al-Faruq (SMAF), Syaurah lah orang pertama yang aku kenal dan rapat. Dengan dialah aku berkongsi segala suka dan duka.
    “Time Pendidikan Islam hari tu, Ustaz Saif ada sebut pasat ayat Ali Imran, tak ingat ayat berapa. Tapi Allah berfirman, ‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal. Iaitu orang yang mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, ataupun berbaring.” Balasku lagi tanpa memandang wajah Syaurah. Cuba mengingati bait-bait kata Ustaz Saif, guruku yang sudah berusia separuh abad, namun masih lagi mendapat tempat di hati pelajarnya.
    “Awak ingat lagi? Saya pun dah lupa. Mentang-mentanglah Ustaz Saif tu guru kesayangan ya!” Usik Syaurah lagi. Lesung pipit jelas kelihatan di pipi kirinya. Sangat manis!
    Aku ketawa kecil.
    “Saya sayang semua cikgu saya sama-rata, takde beza pun.” Tuturku ikhlas. Yelah, apa hak aku membeza-bezakan kasih sayang guru-guru yang penat lelah mengajarku tanpa jemu?
    “Baiklah Cik Balqis Azra binti Abdul Qawi. Saya yang menurut perintah!” Syaurah menabik hormat, sekaligus mencetus tawaku, menceriakan lagi pagi ini.
    “Sebenarnya, apa hajat Puteri Syaurah ni naik ke paras tiga semata-mata nak berjumpa saya?” Aku mencucuk jarum. Cuba meneka hasrat sebenar sahabatku. Selalunya dia jarang naik ke bilik aku, kecuali jika ada perkara penting. Maklum sahaja, biliknya di paras satu, bersama adik-adik tingkatan satu. Ahli Persatuan Da’wah dan Tarbiyah (PEDATA) lah katakan, sudah menjadi tanggungjawab untuk menyelia junior-junior yang masih tidak betah duduk di asrama.
    “Ehh? Macam tahu-tahu je kan. Sebenarnya, nak ajar pegi perpustakaan. Saya kena buat keceriaan untuk perpuastakaan. Kena siapkan sebelum minggu depan. By hook or by crook, bak kata Cikgu Latif.” Katanya sambil senyum melebar. Mengajuk kata-kata Cikgu Latif-penasihat perpustakaan.
    “So? Apa functionnya saya ikut awak?” Usikku, sengaja. Menanti jawapan dari bibir Syaurah.
    “Awakkan suka duduk kat perpustakaan tu. Sejuk je. Sajalah nak ajak awak, kot-kotlah awak nak ikut. Nanti kalau saya pergi tak ajak awak, muncung seepa pulak karang.” Sengih Syaurah.
    “Yelah. Tunggu kejap, saya tukar baju.” Aku cepat-cepat mengatur langkah ke bilik.
    “Tak mandi dulu ke?”
    Aku menoleh.
    “Makcik, sebelum subuh tadi saya dah mandi tau!” Balasku geram. Syaurah tersengih, buat thumbs up dan memberi isyarat dia tunggu di bawah.
    Setelah menyarungkan baju kurung berlatar putih, berbunga biru aku pantas mendapatkan Syaurah. Dan kami berjalan bersama-sama menuju ke perpustakaan di Blok D  berhampiran asrama lelaki. 15 orang kesemuanya, termasuk aku.

    ***

    “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Suara garau seorang lelaki kedengaran. Aku di belakang, mengambil buku untuk mata pelajaran seterusnya, Pendidikan Islam. Tapi, mengapa suara Ustaz Saif berlainan? Tambahan pula, masih ada berbaki lima minit waktu Geografi tadi kerana Cikgu Asma keluar awal atas sebab-sebab tertentu. Lambat-lambat aku memandang ke depan, mencari punca suara.
    Seorang lelaki berbadan tegap, berusia mungkin awal 20-an, ketinggian yang melebihi 1.7 meter berada dalam pandanganku. Segak berkemeja biru pudar dengan beg sandangnya. Cepat-cepat aku berlalu ke tempat duduk. Sekali lagi dia memberi salam apabila melihat kami semua terdiam tanpa kata.
    “Saya guru baru di sini.” Ayat pertama. Diam beberapa minit, memerhati wajah pelajarnya satu per satu. Mungkin gugup berhadapan dengan semua pelajar perempuan, hatiku berbisik nakal.
    “Nama saya Rifqi Syatbi. Boleh panggil Ustaz Rifqi. Saya akan mengajar kamu Pendidikan Islam mulai hari ini, menggantikan Ustaz Saif yang kurang sihat. Tapi, saya ingin berkenalan dahulu dengan kamu semua. Boleh kan?”
    Hampir separuh pelajar mengangguk. Aku? Masih kaku. Bukan terpana dengan kehenseman ustaz baru itu, tetapi segan menyelubungi diri. Kenapa? Aku pun kurang pasti. Tapi aku yakin aku pernah melihat Ustaz Rifqi sebelum ini.
    “Bermula daripada kanan ye.” Arahnya. Lalu Khadijah pun bangun, mengenalkan diri dan tempat asal. Semua orang sabar menunggu giliran masing-masing.
    “Tak silap, ni anak Ustaz Saif kan? Yang ambil STAM tu.” Bisik Syaurah. Aku mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Sejujurnya, memang aku tidak pernah ambil tahu tentang pelajar lelaki. Baik yang tua, muda mahupun sebaya. Kecuali lelaki-lelaki yang selalu ke depan; memberi ceramah, menjadi pengerusi majlis ataupun sebagainya. Itu sahaja, fullstop. Tanpa sedar, sudah sampai giliranku pula.
    Bismillah, ucapku perlahan.
    “Assalamualaikum. Nama saya Balqis Azra. Asal dan menetap di Ipoh, Perak.” Aku memperkenalkan diri, kemudian bergegas untuk duduk, memberi giliran pada Syaurah.
    “Kejap. Nama awak apa?”
    Haa, sudah. Kenapa dengan nama aku pulak?
    “Balqis Azra, ustaz.” Sebutku dengan terang dan nyata. Cehh, macam orang baru belajar mengeja je.
    “Nama ayah takde?” Tegur Ustaz Rifqi. Tiba-tiba aku jadi malu sendiri. Maaf ayah, lupa pulak nak sebut nama ayah.
    “Balqis Azra binti Abdul Qawi.” Sekali lagi aku menyebut, kini dengan nama penuh. Terus duduk, tidak mahu ustaz menyoal apa-apa lagi. Malu sudah aku di situ.
    Kelas mulai bising apabila Ustaz Rifqi membuka pertanyaan tentang dirinya pula. Aku sekadar mendengar sahaja, ketawa bila mereka ketawa, dan senyap apabila Ustaz Rifqi bercerita.
    “ Umur Ustaz berapa?” Soal Yusra yang terkenal dengan keramahannya.
    “Rasanya berapa?” Ustaz Rifqi tersenyum. Senyuman yang menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi. Okay, memang wajahnya persis Ustaz Saif. Aku tidak dapat menafikannya lagi.
    “20 tahun!”
    “23 tahun!”
    “19 tahun!”
    “30 tahun!”
    “Ishhh, 30 tu dah tua sangat. Ustaz pun dah kahwin.” Sangkal Ustaz Rifqi dengan tawa bersisa.
    Kami memandang sesame sendiri.
    “Nak tahu, Tanya Balqis. Insya-Allah dia tahu berapa umur ustaz.” Aku pantas mendongakkan kepala. Ustaz sebut nama aku? Biar betul? Apa pulak kaitan aku dengan ustaz ni? Ke aku yang hilang ingatan? Ahh sudah. Rasa macam dah mula nyanyi lagu Najwa Latif.

    Banyak persoalan yang berada di minda,
    Banyak tanda Tanya dan juga kata kerja..

    “Asal saya pulak?” Ujarku perlahan, namun masih lagi keliru. Apatah lagi apabila hampir 20 pasang mata melihatku.
    “Sebab.. abang awak muda dua tahun daripada ustaz. Okay semua, buka buku P.I. Saya akan terangkan tajuk-tajuk yang saya bakal ajar.” Ustaz Saif mematikan segala persoalan sekaligus meleraikan simpulan di fikiranku. Syukur.


    ***

    Malam prep berjalan seperti biasa, kecuali aku dan beberapa pelajar lain yang mengikuti Cikgu Mazni ke bengkel Kemahiran Hidup. Menolong Cikgu Mazni mengangkat folio KHB ke kelas suapaya lebih memudahkan kerja menghabiskan folio. Sebenarnya, lebih cepat dan mudah untuk kami fokus pada PMR tahun ini. Sementara kami sibuk berulang-alik dari bengkel ke kelas, aku ternampak Cikgu Mazni sedang berbual-bual dengan seorang lelaki tanpaku nampak mukanya.
    “Ehh, kamu Rif! Sihat? Lama dah ke balik rumah?” Aku dapat mendengar butir bicara Cikgu Mazni dengan jelas.
    “ Alhamdulillah, baik cikgu. Baru seminggu dekat SMAF. Abi tak sihat, ganti dia mengajar kejap.”  Aku seperti pernah mendengar suara itu, namun tidak pasti di mana.
    “Balqis, jumpa tak folio saya?” Teguran Aisyah mematikan lamunanku. Pantas aku membelek satu per satu folio di tanganku, berlakon.
    “Saya tengok dekat folio budak lelaki kejap, kot lah sesat. Kejap ye.” Tanganku beralih ke rak lagi satu. Meneliti satu per satu nama pada kulit folio tersebut.
    “Ada tak kat situ?” Aisyah mulai kalut. Aku dapat melihat Naimah dan Iman menggeleng melalui ekor mataku.
    “Dekat kelas 3 Durrar takde.” Suara Naimah memecah sunyi.
    “Rasanya sesat kat folio pelajar lelaki kot.” Ujarku, berusaha mencari lagi. Ya Allah, mudahkanlah urusan kami.
    “Rasanya memang sesat kat sini pun. Siti Aisyah ye?” Suara lelaki kedengaran, membuatkan jantungku terasa berdegup dua kali ganda lebih kencang. Pantas aku meoleh.
    Ustaz Rifqi? Macam mana boleh tiba-tiba..
    “Terima kasih ustaz!” Pantas Aisyah mengambilnya daripada tangan ustaz. Dan aku juga pantas menyusun kembali folio yang aku sudah selerakkan, mengikut langkah sahabat-sahabatku yang lain. Aneh, Ustaz Rifqi agak mengganggu perasaan dan pandanganku saban waktu ini.
    Selepas row-call malam yang menjadi rutin bagi kami pelajar asrama, aku bergegas ke public phone di tepi tangga. Berhasrat menelefon abangku, Hafiy yang kerja sambilan setelah SPM keluar hampir 3 bulan yang lepas.
    “Assalamualaikum.” Suara Hafiy kedengaran. Pantas aku menjawab dan bertukar khabar.
    “Kenapa call malam-malam ni?” Soal Hafiy, pelik. Jarang aku menelefon handsetnya sendiri melainkan ada urusan yang benar-benar penting.
    “Abang datang SMAF bila?” Aku mengelak daripada menjawab soalan itu.
    “Selasa minggu depan, insyaAllah. Kenapa? Nak kirim barang?”
    Aku sudah tersengih, walaupun tahu mana mungkin abang aku dapat melihatnya.
    “Boleh, nak serunding ikan bilis, dengan stok makanan untuk sebulan.” Ujarku bersulam ketawa.
    “Ceh, makan banyak. Mana tak naik berat badan. Pastu mengadu kat ibu dah gemuklah, apalah.” Hafiy membebel. Aku ketawa lagi.
    “Biarlah. Tak makan nanti abang bising jugak.” Usikku.
    “Menjawab ehh.” Ketawa kami meletus. Bahagia. Alhamdulillah, hubungan aku dengan Hafiy sangat rapat memandangkan umur kami tidak jauh bezanya.
    “ Ni call Hafiy ni mesti ada sebab lainkan.” Tembak Hafiy, tepat mengenai sasaran. Kembali pada tajuk asal.
    “Ehh, mana tahu ni?” Aku ketawa lagi, kembali berlakon. Agaknya sudah boleh dapat piala pelakon terbaik kot. Kalah Lisa Surihani. Ehh? Tiba-tiba.
    “Ada orang bagitahu.” Hafiy membalas selamba. Sedangkan aku seperti tdak cukup oksigen nak disedut.
    “Bagitahu apa ni?” Aku sudah mula cuak, bernada serius. Tiada lagi ketawa seperti tadi. Takkan Hafiy tahu kot? Takkanlah…
    “Yang… Adik abang ni banyak makan dan gemuk.” Pecah ketawanya. Suka benar menyakatku. Walaupun geram, namun aku bersyukur yang bukan soal Ustaz Rifqi yang dipersoalkan.
    “Yelah. Sudah, Balqis nak tidur. Dah lambat. Assalamualaikum.” Aku mengundur diri. Duit syiling di tanganku tinggal 20 sen sahaja.
    “Yelah. Tidur cepat, jangan nak sembang je. Ni, kalau ada orang masuk meminang, ibu, ayah, abang dengan yang lain terima je tahu.” Hafiy ketawa lagi.
    “Apa abang merepek ni?”
    “Nothing, but I really mean it. Wa’alaikumussalam dear, sleep tight.” Hafiy menamatkan panggilan. Meninggalkan diriku dengan 1001 persoalan.

    ***

    Aku menunggu Hafiy di belakang kantin. Dari jauh aku sudah dapat melihat dirinya yang kasual, sekadar t-shir Paul Smith putih dan tracksuit, bersama kasut sukan. Kata Hafiy, dia ingin beriadah setelah berjumpa denganku.
    “Qis ada masalah ke?” Soal Hafiy sebaik sahaja aku mencium tangannya. Aku terdiam. Beberapa hari lepas aku bermimpi sesuatu. Aku mimpi aku bertunang dengan seseorang yang aku tidak tahu siapa. Tema ungu yang pastinya. Itu sahaj yang aku ingat. Dan perkara inilah yang mengusik mindaku beberapa hari ini.
    “Takde apalah, biasa je. Tension belajar.” Bohongku, cepat-cepat menepis mimpi tadi. Pujuk diri sendiri sebenarnya, sekarang bukanlah masa yang tepat untuk perkara itu.
    “Belajar mana boleh tension. Jihad dekat jalan Allah kan?” Tegur Hafiy. Ya, aku ingat. Menuntut ilmu itu satu jihad, dapat pahala lagi. Jika mati ketika sedang menuntut ilmu, maka dikira sebagai syahid kecil. Baiknya Allah!
    “Ehh, ada orang minat dekat Hafiy!” Aku mengubah topik. Sengaja mahu menceriakan petang itu. Hafiy tersengih-sengih.
    “Alah, Qis pun ada orang minat.” Bidasnya. Aku menjelir lidah.
    “Nak tipu tak jadi, sudahlah!”
    “Lahh, seriously. Ada dua-tiga orang dah Tanya kat abang pasal Qis. Mujur Qis study je lagi. Kalau tak dah lama abang okay je.” Sengih Hafiy. Aku mencebik.
    Tiba-tiba abangku mengangkat tangan, aku malas menoleh. Tahu sangat pasti kawan Hafiy yang baru jumpa. Hafiy memang peramah. Satu sekolah ini, semua sahabatnya. Siapa tak kenal abangnya itu memang tipu sangatlah. Bekas Ketua Pelajar lah katakan.
    “Ehh Rifqi, bila balik?” Tiba-tiba dunia jadi sunyi. Ustaz rifqi ni memang selalu muncul di kala waktu aku taknak jumpa dia.
    “Lama dah, ana ganti ayah ana mengajar kejap. Dia tak sihat sangat. Anta buat apa kat sini?” Soal Ustaz Rifqi, ramah seperti biasa.
    “Ana ada reunion dengan budak sekolah rendah. Singgah sini sehari dua jumpa adik ana.” Betapa peramahnya abang aku sampai pasal aku pun dia cerita. Aku mula terasa macam nak lari daripada situ.
    “Ouhh, Balqis ye. Perangai dia jauh bezakan dengan anta.” Ujar ustaz Rifqi lagi. Aku sekadar tersenyum pahit. Hafiy sudah gelak-gelak di sebelah.
    “Takdelah. Dia ni lagi banyak cakap dariapada ana. Macam mak-mak jugak.” Hafiy mengenakan aku. Balqis, sabarlah. Hafiy ni ujian daripada Allah, nak tengok berapa tinggi tahap kesabaranmu.
    “Ehh, yeke? Hairan. Dekat kelas ana diam je. Mungkin dengan ana je kot. Tapi takpelah, ana dah tahu. So I’ll make sure that she will be herself in my class.” Jar Ustaz Rifqi dengan senyuman yang seolah-olah mengejekku. Ustaz Rifqi meminta diri tidak lama kemudian.
    “I think he also like you.” Hafiy memandang tepat mataku.
    “But I think I really hate him. That’s all.”