Ceritera Si Dia <3
Home Owner Websites Others
Welcome!

Hover the image :)




Tagboard!


Past

  • Warkah Buat Blog
  • Happy Birthday To Her
  • Tips : Love Long Distance
  • Benarkah Ini Jalan Yang Aku Pilih?
  • Chillin Out at JJ
  • The Presents That Wonderful
  • Cerita Hari Isnin
  • KASEH di Gua Tempurung
  • Tentang Cinta
  • Coming Back

  • Credits!

    Basecode: Dilla Eyra
    Some help:   
    Edited by: Little Faa


    Salam Aidil Fitri

    Assalamualaikum :)



    Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Walaupun aku bukan blogger famous macam sape2, tapi aku tetap ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan andai ada tulisan aku yg lepas tidak berlapik, yg menyentuh hati mana2 pihak. Semua manusia tu tak sempurna kan?

    Aku tak tahu kenapa raya kali ni berbeza dgn raya-raya sebelum nie. Pertama kali dengar takbir di malam raya, terasa keagungan Dia. Terasa betapa murahnya Allah memberikan segala nikmat sedangkan hamba-hambaNya sering lalai dan leka. Betapa sayangnya Allah kepada aku, kerana masih memberikan peluang untuk aku bernafas di muka bumi ini.

    Alhamdulillah.

    Paling penting, time rayalah kita dapat berkumpul satu keluarga. Bahagia melihat semua adik beradik berkumpul dan bergurau senda. Walaupun antara kami ada yg tidak sihat dan sebagainya, tapi aku masih bersyukur kerana aku masih boleh berada di sampingnya. Ya Allah, kau sembuhkanlah ahli keluargaku, lindungilah kami dari panas nerakaMu.

    Yang paling peting, esok kami akan merakamkan saat-saat indah kami di Teluk Senangin. Moga2 cuaca esok elok untuk kami. Aku sanggup bersengkang mata demi menyiapkan kek batik atas permintaan abangku. Dan pastinya, esok juga aku perlu bangun awal untuk membantu emak dan kakak2 ku di dapur.

    Ya Allah, mudahkanlah urusanku. Jadikanlah aku anak yg solehah.

    Ameen.